Fatin Nabillah Bahrudin, and Hasanah Abd Khafidz, and Zulkefli Aini, (2018) Penyebaran pemikiran berkaitan akidah dalam laman sesawang Sisters in Islam (SIS). Al-Hikmah, 10 (2). pp. 95-109. ISSN 1985-6822
|
PDF
584kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...
Abstract
SIS merupakan sebuah pertubuhan yang menyarankan kepada persamaan hak lelaki dan wanita serta teguh dalam mempromosikan pemikiran demokrasi dan kebebasan terhadap masyarakat di Malaysia. Walau bagaimanapun, pemikiran yang dibawa oleh SIS dilihat jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar. Gerakan ini juga dilihat semakin mencabar akidah umat Islam apabila terdapat beberapa memorandum yang telah dihantar kepada kerajaan serta beberapa artikel yang diterbitkan mereka bagi mendesak terhadap konsep humanisme, seksualiti merdeka, kebebasan beragama dan sebagainya untuk diamalkan di Malaysia. Segala memorandum, desakan, pandangan dan perjuangan yang dibawa oleh SIS diterbitkan ke dalam laman sesawang mereka iaitu www.sistersinislam.org.my. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu-isu akidah yang disebarkan dalam laman sesawang Sisters in Islam (SIS) dari tahun 1996 sehingga 2017.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Isu akidah; Laman web; Sisters in Islam (SIS) |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 13813 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 18 Dec 2019 00:50 |
Last Modified: | 20 Dec 2019 22:48 |
Repository Staff Only: item control page