Aplikasi program Atlas.Ti dalam penyelidikan kualitatif pengajian pascasiswazah bidang pengajian Islam: suatu cadangan awal

Mohd Faiz Mohamed Yusof, and Nurhanani Romli, (2019) Aplikasi program Atlas.Ti dalam penyelidikan kualitatif pengajian pascasiswazah bidang pengajian Islam: suatu cadangan awal. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 3-21. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
685kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Penyelidikan dalam bidang pengajian Islam telah berkembang dengan jayanya termasuklah melalui penghasilan penyelidikan ilmiah oleh calon-calon pascasiswazah sama ada di peringkat sarjana mahupun di peringkat doKtor falsafah. Tambahan lagi, pengkhususan dalam pengajian Islam bukan hanya berkaitan pengajian Al-Quran, Hadith, Fiqh ataupun persoalan akidah semata-mata. Malah telah merangkumi penyelidikan aspek perundangan, ekonomi dan kewangan, pengurusan, sains politik, pemikiran Islam kontemporari, industri halal serta sains gunaan berkaitan pengajian Islam. Berdasarkan sampel kajian daripada jumlah tesis pasca siswazah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang telah dimuat turun secara dalam talian. Jumlah keseluruhan tesis di bidang penyelidikan pengajian Islam sebanyak 154 kajian pascasiswazah pada 2016 dan 56 kajian pascasiswazah dalam bidang pengajian Islam pada 2017 yang menjadikan jumlah keseluruhan kedua-dua tahun 2016 dan 2017 sebanyak 210 buah penyelidikan dihasilkan. Berdasarkan anggaran, kebanyakan kajian berkaitan pengajian Islam menggunakan metodologi kualitatif manakala hanya sejumlah kecil sahaja yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Ini bererti pendekatan metodologi kualitatif merupakan metodologi yang paling banyak digunakan sehingga kini. Namun begitu, pengkaji dalam pengajian Islam hanya menggunakan kenyataan bertulis dan menganalisis secara manual dan tradisional serta tidak memanfaatkan program Computer Aided Qualitative Data Analysis Software (CAQDAS) seperti Altas.ti untuk membantu proses menganalisis data kajian kualitatif sama ada kitab-kitab turath atau transkrip temu bual sebagai sumber utama kajian. Jesteru, kajian ini akan membincangkan penggunaan Atlas.ti untuk penyelidikan dalam pengajian Islam khusus kepada kajian kualitatif. Selain itu, program Altas.ti turut sesuai dan praktikal untuk digunakan dalam membangunkan teoritikal dan sorotan literatur kajian sama ada kajian mengunakan metodologi kualitatif mahupun kuantitatif.

Item Type:Article
Keywords:Kajian kualitatif; Pengajian Islam; Atlas.ti
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13816
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 04:04
Last Modified:20 Dec 2019 22:52

Repository Staff Only: item control page