Lakuan lokusi guru agama bangsa Melayu

Muhammad Zuhair Zainal, and Mohd Farid Mohd Sharif, and Md Baharuddin Abdul Rahman, and Al-Amin Mydin, (2019) Lakuan lokusi guru agama bangsa Melayu. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 22-40. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang lakuan lokusi guru-guru agama bangsa Melayu, khususnya lakuan lokusi tidak sopan. Lakuan lokusi merupakan lakuan pengucapan bagi sesuatu ujaran. Kajian pragmatik ini berbentuk fenomenologi hermeneutik menggunakan kaedah tidak menonjol dan data kajian dianalisis berpandukan Prinsip Kesopanan (Leech 1983). Hasil kajian menunjukkan bahawa wujud lakuan lokusi tidak sopan dalam kalangan guru-guru agama bangsa Melayu. Lakuan lokusi tidak sopan tersebut melanggar lima daripada enam maksim yang terdapat dalam Prinsip Kesopanan (Leech 1983) yang mengakibatkan terhasilnya tingkah laku tidak beradab. Lakuan lokusi tidak sopan tersebut dapat dikategorikan dalam tiga bentuk, iaitu provokasi, menjengkelkan dan merapik. Berdasarkan kajian dapat dirumuskan bahawa kewujudan lakuan lokusi tidak sopan bukan hanya terhad dalam interaksi perbualan masyarakat awam, bahkan wujud dalam interaksi perbualan guru-guru agama bangsa Melayu. Oleh itu, ilmu berbahasa dan berkomunikasi seharusya diutamakan oleh setiap golongan masyarakat, terutamanya dari aspek kesopanan berbahasa Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Lakuan pertuturan; Lokusi; Pragmatik; Kesopanan berbahasa Guru Agama
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13817
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 04:19
Last Modified:20 Dec 2019 22:52

Repository Staff Only: item control page