Dakwah Syeikh Nazim al-Qubrusi: antara penerimaan dan penolakan

Mohd Asyran Safwan Kamaruzaman, and Mohd Haidhar Kamarzaman, and Kamarudin Salleh, (2019) Dakwah Syeikh Nazim al-Qubrusi: antara penerimaan dan penolakan. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 41-59. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
415kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Syeikh Nazim al-Qubrusi adalah seorang tokoh ulama kontroversi yang pernah mencetuskan polemik ideologi tasawuf beliau sehingga mendapat perhatian di kalangan beberapa buah Institusi Agama Islam Islam di Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan dan Kedah. Beliau dikatakan mendakwa bahawa beliau membawa tarekat Naqshabandiyyah dari jalur Haqqani, bahkan merupakan syeikh dalam jalur tersebut. Walaubagaimanapun sebahagian dari kalangan syeikh dari tarekat yang sama dikatakan menolak pengiktirafan tersebut pada beliau. Kajian ini berusaha mengkaji latarbelakang dakwah al-Qubrusi dalam dunia tarekat dan pandangan ulama terhadap beliau. Kajian ini juga mengkaji ideologi beliau mengenai dakwah beliau terhadap akidah pengikutnya dalam kebanyakan buku yang ditulis beliau dan muridnya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis perbandingan, analisis kandungan, dan analisis pensejarahan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat sebahagian dari ajarannya yang bertentangan dengan akidah Islam Ahli Sunah Waljamaah dan banyak ilmuwan dan Intitusi Agama di Negara ini telah pun mengeluarkan fatwa pengharamannya.

Item Type:Article
Keywords:Nazim al-Qubrusi; Dakwah Tarekat; Naqsyabandi Haqqani; Hisham Kabbani
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13818
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 07:52
Last Modified:20 Dec 2019 22:53

Repository Staff Only: item control page