Manhaj tarbiah Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi

Mohd Sobirin Mohd Azehar, and Ahmad Irdha Mokhtar, (2019) Manhaj tarbiah Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 88-96. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi merupakan salah seorang ulama pada kurun ke-13 hijrah yang menjadikan tarekat sebagai medium dakwah dan tarbiah beliau. Melalui manhaj tarbiah tersebut, beliau telah melahirkan ramai para ulama, para pejuang dan pemimpin Islam. Namun sesetengah pihak mendakwa bahawa manhaj beliau telah terpesong daripada Al Quran dan Sunnah. Maka artikel ini bertujuan untuk mengkaji manhaj tarbiah beliau dari segi kesahihannya berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Artikel ini adalah secara kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Kajian ini berjaya membuktikan bahawa manhaj tarbiah Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi bukan sahaja bertepatan dengan Al Quran dan Sunnah bahkan beliau telah berjaya membawa satu tranformasi terhadap ilmu ini dengan pentarbiahan yang berjaya. Manhaj tarbiah beliau adalah menghimpunkan antara jalan burhaniah (pendalilan) dan isyraqiah (pancaran rohani), melazimi Syeikh dan mentaatinya, membimbing manusia ke jalan Allah dan berjihad di jalanNya.

Item Type:Article
Keywords:Manhaj tarbiah; Sayyid Muhammad Ali al-Sanusi; Dakwah; Tarekat; Tasawwuf
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13821
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Dec 2019 08:10
Last Modified:20 Dec 2019 22:56

Repository Staff Only: item control page