Pengurusan tabayyun dalam dakwah

Mohamad Zulkifli Abdul Ghani, and Abu Dardaa Mohamad, and Rosmawati Mohamad Rasit, (2019) Pengurusan tabayyun dalam dakwah. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 118-131. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
836kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Penyebaran dakwah dalam dunia masa kini memerlukan pengurusan yang cekap dan mantap berpandukan kaedah yang telah diajarkan oleh Islam. Kehidupan masyarakat masa kini sangat mencabar dan berliku disebabkan oleh pelbagai maklumat yang tersebar bercampur antara hak dan batil. Bagi menjayakan misi penyebaran yang berkesan ia memerlukan proses tabayyun. Kemampuan masyarakat dalam tabayyun membawa kepada penerimaan maklumat yang benar, kefahaman yang betul dan pengamalan yang tepat. Dengan itu, fitnah dapat dielakkan, ajaran songsang dapat ditangkis dan pandangan buruk terhadap Islam dan umatnya dapat dapat dijawab. Oleh yang demikian, tulisan ini bertujuan untuk mencadangkan pengurusan dan strategi dakwah berkonsepkan pengurusan tabayyun dengan mengambil kira persekitaran masyarakat yang pelbagai. Pengurusan tabayyun dalam dakwah melalui enam T iaitu terima, teliti, tashih, tekun, terbit dan teguh ingin diketengahkan. Pengurusan tabayyun ini bertunjangkan kepada peringkat dakwah iaitu Tabligh, taᶜlīm dan taṭbīq. Pengurusan ini mampu mengekalkan jati diri umat Islam dengan ajaran Islam. Menggunakan strategi dan pengurusan yang baik merupakan tuntutan dalam pelaksanaan dakwah.

Item Type:Article
Keywords:Tabayyun; Pengurusan; Dakwah; Maklumat
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13823
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Dec 2019 00:51
Last Modified:20 Dec 2019 22:59

Repository Staff Only: item control page