Pengimarahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Ahmad Rijal Ghazali, and Ahmad Irdha Mokhtar, (2019) Pengimarahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 132-143. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
454kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Masjid merupakan sebuah institusi yang penting dalam kehidupan umat Islam seluruh dunia. Persoalan yang menjadi tumpuan berkaitan isu pelaksanaan pengimarahan di masjid ini ialah sambutan masyarakat Islam dan bukan Islam yang kurang menggalakkan terhadap program atau aktiviti masjid yang dijalankan, penyebaran maklumat aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan secara proaktif dan golongan sasaran program yang kurang diambil perhatian oleh pihak penganjur dan pengurusan masjid. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengimarahan yang dilaksanakan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya serta mengenal pasti bentuk-bentuk program yang dijalankan bagi masyarakat setempat dan sekitarnya. Kaedah kajian yang digunakan ialah kajian kualitatif melalui kaedah analisis kandungan untuk mendapatkan maklumat yang tepat daripada bahan kepustakaan. Kajian ini dapat membantu meningkatkan kualiti dalam pengurusan pelaksanaan program pengimarahan di masjid tersebut dan secara umumnya masjid seluruh Negara melalui medium dan golongan sasar yang sesuai dengan pelaksanaan aktiviti yang berkesan dan komprehensif bukan lagi secara tradisi dan tidak selari dengan perkembangan dan tuntutan zaman. Selain itu, masyarakat ingin melihat masjid seluruh Negara dapat berkembang ke arah kemajuan dan berinovasi dalam meningkatkan syiar dan ajaran Islam melalui pengimarahan masjid yang dinamik dalam pembinaan sahsiah dan pembangunan modal insan yang bertamadun dan berwawasan.

Item Type:Article
Keywords:Pengimarahan; Masjid; Pengurusan; Modal insan; Pembangunan
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13824
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Dec 2019 01:05
Last Modified:20 Dec 2019 22:59

Repository Staff Only: item control page