Manhaj dakwah Habib Umar bin Hafiz

Wan Suhailah Wan Abdul Jalil, and Abu Dardaa Mohamad, (2019) Manhaj dakwah Habib Umar bin Hafiz. Al-Hikmah, 11 (1). pp. 144-159. ISSN 1985-6822

[img]
Preview
PDF
530kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah

Abstract

Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafiz atau lebih dikenali dengan Habib Umar merupakan salah seorang cendikiawan yang terkenal abad ini. Beliau merupakan seorang pendakwah dan pengasas kepada sebuah pusat pengajian yang berada di Selatan Yaman yang dinamakan sebagai Darul Mustafa. Beliau telah banyak melakukan dakwah dan meneruskan perkembangan dakwahnya dengan manhaj yang tersendiri. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengkaji latar belakang Habib Umar Bin Hafiz dan mengenalpasti manhaj yang digunakannya. Kertas kerja ini adalah kajian awal yang bersifat kualitatif yang menggunakan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data utama dan kaedah analisis data adalah berbentuk deskriptif. Hasil kajian menunjukkan latar belakang beliau adalah seorang ahlu bait dan berasal dari keturunan ulama yang baik. Manakala terdapat tiga manhaj yang digunakan oleh Habib Umar iaitu Ilmu, Suluk dan Tabligh. Manhaj ini khusus digunakan kepada para muridnya di Darul Mustafa dan semasa beliau berdakwah.

Item Type:Article
Keywords:Manhaj; Dakwah; Habib
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:13825
Deposited By: ms aida -
Deposited On:19 Dec 2019 01:16
Last Modified:20 Dec 2019 23:00

Repository Staff Only: item control page