Hukum pemakaian kaedah “lock price” dalam urusniaga emas fizikal

Muhamad Zuhaili Saiman, and Ahmad Dahlan Salleh, (2018) Hukum pemakaian kaedah “lock price” dalam urusniaga emas fizikal. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (1). pp. 3-13. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
751kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1095

Abstract

Kaedah “lock price” atau kunci harga merupakan kaedah yang popular khususnya dalam urusniaga emas fizikal. Nilai emas di pasaran sentiasa berubah-ubah, ekoran itu kaedah ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk mengunci harga di paras rendah pada sesuatu waktu sebelum menerima emas fizikal. Bagaimanapun kaedah ini dilihat berkait dengan soal bertangguh ke atas urusniaga emas fizikal tersebut disebabkan tempoh urusniaga yang berlaku selepas “lock price”. Kaedah ini boleh dikaitkan dengan konsep wacd, muwÉcadah dan wacdÉn dalam konteks tempahan serta lindung nilai urusniaga yang dijalankan. Tumpuan kajian ini mempunyai tiga objektif. Pertama, mengkaji pemakaian kaedah “lock price” dalam urusniaga semasa yang melibatkan emas fizikal di pasaran. Kedua, mengkaji wacd, muwÉcadah dan wacdÉn menurut fiqh al-mucamalat. Ketiga, menilai dan menambahbaik kaedah “lock price” dalam urusan lindung nilai bagi urusniaga emas fizikal dan mengelakkan bertangguh. Metodologi yang digunakan ialah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian kepustakaan dan analisis data-data dapatan. Menurut fiqh, wujudnya perbezaan antara wacd, muwÉcadah dan wacdÉn yang melibatkan kemestian dalam proses janji yang berlaku. Dapatan hasil kajian menunjukkan konsep lindung nilai pasaran hadapan nilai emas mampu diaplikasikan dalam penambahbaik kaedah “lock price” dengan syarat-syarat tertentu agar tidak berlaku soal bertangguh. Apabila ia memenuhi syarat maka sah urusniaga sebaliknya jika tidak dipenuhi syarat maka urusniaga tersebut terdedah kepada gharar dan pelanggaran etika khusus yang melibatkan urusniaga item ribawi. Kesimpulannya, wujudnya keperluan di masa kini dalam membincangkan soal lindung nilai ini antaranya penggunaan kaedah “lock price” dalam urusniaga emas fizikal memandangkan konteks pasaran yang sangat meluas seperti import dan eksport antara dua negara yang berjauhan.

Item Type:Article
Keywords:Lock price; Emas fizikal; Item ribawi; Urusniaga bertangguh; Wacd
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13826
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2019 00:11
Last Modified:20 Dec 2019 23:01

Repository Staff Only: item control page