Perbahasan Isra’iliyyat Sheikh Husayn Al-Dhahabi dan Sheikh Abu Shahbah

Ahmad Yunus Mohd Nor, and Zahidah Zainal Abidin, (2018) Perbahasan Isra’iliyyat Sheikh Husayn Al-Dhahabi dan Sheikh Abu Shahbah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (1). pp. 23-30. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
213kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1095

Abstract

Penularan kisah israiliyyat ke dalam kitab-kitab tafsir telah memberi impak negatif terhadap akidah umat Islam. Antara medium utama untuk menangani penyebaran ini ialah pendekatan melalui penulisan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji metodologi dua buah kitab terkenal iaitu al-Isra’iliyyat Fi al-Tafsir Wa al-Hadith karya Sheikh Husayn al-Dhahabi dan al-Isra’iliyyat Wa al-Mawducat Fi Kutub al-Tafsir karya Sheikh Abu Shahbah. Kajian ini bertujuan mengenal pasti teknik yang digunakan oleh kedua-dua tokoh dalam usaha menjelaskan kebatilan kisah-kisah israiliyyat yang memenuhi kitab-kitab tafsir. Kajian ini berasaskan metode penyelidikan kualitatif iaitu analisis kandungan dan pensejarahan. Data terkumpul akan dianalisis dengan menggunakan pendekatan tematik dan komparatif. Kajian menunjukkan, karya Sheikh Husayn al-Dhahabi (1969) dengan huraian secara pragmatik berpaksikan bidang tafsir sebagai asas, fokus pada penelitian kepelbagaian kaedah penukilan Isra’iliyyat dalam kitab-kitab tafsir. Sementara karya Sheikh Abu Shahbah (1971) menjadikan bidang hadith sebagai dasar dengan penelitian secara kritis pada sanad dan matan riwayat Isra’iliyyat. Hasil kajian ini juga mendapati, penulisan antara kedua-dua kitab berbeza berdasarkan perbezaan bidang kepakaran dan sasaran pembaca. Gandingan kedua-dua kitab ini mampu menghasilkan sebuah wacana yang bersifat komprehensif terhadap kisah israiliyyat dalam kitab-kitab tafsir. Manakala pemahaman terhadap metode penulisan bagi kedua-dua buah kitab ini mampu menerapkan kefahaman yang jitu dalam menekuni perbahasan israiliyyat yang menular dalam kitab-kitab tafsir kontemporari.

Item Type:Article
Keywords:Israiliyyat; Kitab-kitab tafsir; Husayn al-Dhahabi; Abu Shahbah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13828
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2019 00:23
Last Modified:20 Dec 2019 23:04

Repository Staff Only: item control page