Personaliti bapa menurut perspektif Islam dan aplikasinya dalam keluarga

Izzah Nur Aida Zur Raffar, and Salasiah Hanin Hamjah, (2018) Personaliti bapa menurut perspektif Islam dan aplikasinya dalam keluarga. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (1). pp. 61-69. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
186kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1095

Abstract

Bapa sebagai ketua yang memimpin keluarga seharusnya menjadi ‘role model’ kepada isteri dan anak-anak. Personaliti bapa yang baik dapat menjamin kesejahteraan dalam keluarga. Namun ada dalam kalangan bapa yang gagal menunjukkan contoh teladan yang baik kepada keluarga dengan mempamerkan sifat-sifat pemarah, memukul isteri, merogol anak dan seumpamanya. Justeru itu, kajian ini dilakukan bagi mengkaji ciri-ciri personaliti bapa menurut perspektif Islam dan mengenal pasti ciri-ciri personaliti yang diaplikasi oleh bapa dalam kehidupan berkeluarga. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan. Seramai 220 orang responden dalam kalangan bapa telah dipilih secara rawak berlapis di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS versi 21. Hasil kajian berjaya membentuk indikator bapa yang baik daripada perspektif Islam seperti bertanggungjawab terhadap anak yang baru dilahirkan, sabar dan ikhlas mencari rezeki dan memberi nafkah, membimbing dan mendidik, berdakwah ‘amar makruf nahi mungkar,’ mempamerkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak, adil, penyayang dan prihatin terhadap perkembangan anak-anak. Hasil kajian juga secara jelas menunjukkan para bapa faham tentang tanggungjawab sebagai seorang bapa dan mengaplikasikan elemen-elemen yang seharusnya dimiliki oleh bapa menurut Islam dalam keluarga mereka. Implikasi kajian dapat membantu bapa mengetahui dan mengamalkan personaliti baik yang amat dituntut dalam Islam ke arah membina keluarga yang sejahtera. Di samping itu, kajian ini dapat memberi input dan sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti LPPKN dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menguruskan hal ehwal kekeluargaan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Personaliti; Bapa; Perspektif Islam; Aplikasi; Keluarga
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13832
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2019 00:48
Last Modified:20 Dec 2019 23:08

Repository Staff Only: item control page