Ideologi Gerakan Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) di Malaysia

Siti Naqiayah Mansor, and Salasiah Hanin Hamjah, and Izzah Nur Aida Zur Raffar, (2018) Ideologi Gerakan Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (2). pp. 95-103. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
191kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153

Abstract

Antara gerakan ekstrem yang menjadi ancaman kepada keselamatan negara Malaysia pada hari ini adalah kumpulan militan Islamic State of Iraq and Sham (ISIS). Perjuangan ISIS untuk menubuhkan sebuah negara Islam dengan menggunakan keganasan, penculikan, penderaan, rampasan kuasa, pembunuhan dan pengeboman dilihat bertentangan dengan ajaran agama Islam. Gerakan militan ISIS boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat Malaysia dengan membawa ancaman, kerosakan, dan bencana buruk kepada bumi Malaysia. Mereka merosakkan imej agama Islam dengan mempamerkan keganasan dan kekejaman yang menunjukkan agama Islam tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji ideologi Gerakan Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) di Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan antara ideologi yang disebarkan oleh ISIS dalam kalangan rakyat Malaysia merangkumi seruan jihad untuk menubuhkan Daulah Islamiyyah, penyebaran ideologi palsu ISIS yang menyentuh sentimen simpati dan marah dengan nasib umat Islam Sunni yang ditindas oleh golongan Syiah, negara demokrasi dan berperlembagaan dianggap syirik dan wajib diperangi, pihak keselamatan negara dan kerajaan boleh dibunuh kerana dan harta benda boleh dirampas, menghalalkan darah umat Islam dan umat Islam wajib berhijrah ke Daulah Islamiah Syria. Implikasi kajian ini dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat Malaysia terhadap ancaman dan pengaruh bahaya ISIS ke arah membendung golongan ekstremisme di Malaysia bagi mencapai negara Malaysia yang aman dan sentosa. Masyarakat Malaysia dapat memahami bahawa ajaran agama Islam bukanlah dibawa dengan pendekatan kasar, keras dan zalim seperti yang dibawa oleh gerakan militan ISIS. Oleh itu melalui kajian yang dilakukan ini, masyarakat Malaysia dapat mengetahui perjuangan gerakan militan ISIS dengan sekurangya mengetahui ideologi yang dibawa oleh mereka.

Item Type:Article
Keywords:ISIS; Ekstrem; Jihad; Daulah Islamiyyah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13836
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jan 2020 04:35
Last Modified:03 Jan 2020 08:37

Repository Staff Only: item control page