Integrasi Naqli dan Aqli dalam pengajaran Bahasa Arab Tujuan Khas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Yuslina Mohamed, and Hazlina Abdullah, and Mesbahul Haque, and Sulaiman Ismail, (2018) Integrasi Naqli dan Aqli dalam pengajaran Bahasa Arab Tujuan Khas di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (2). pp. 105-113. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
639kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153

Abstract

Kursus Bahasa Arab untuk tujuan khas telah diperkenalkan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Ditawarkan kepada pelajar bahasa Arab dan komunikasi di peringkat sarjana dan pascasiswazah di Universiti Sains Malaysia (USIM) sejak tahun 2005. Ia adalah kursus wajib yang dibangunkan selaras dengan Misi Universiti “USIM 16” iaitu USIM akan menjadi pusat rujukan serantau dunia dalam integrasi Naqli dan Aqli. Fakulti pengajian Bahasa Utama (FPBU) memainkan peranan memperkasakan program yang ditawar berintegrasikan Naqli dan Aqli dalam semua kursus. Dengan demikian, kajian ini bertujuan mengetahui bagaimana pensyarah mengimplimentasi Naqli dan Aqli dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui bahan-bahan yang digunakan dalam kuliah. Penyelidik telah menemu bual 5 pensyarah yang mengajar kursus ASP untuk mendapatkan data implimentasi tersebut. Penyelidikan kualitatif ini akan mengkaji integrasi Naqli dan Aqli dalam ASP untuk mengetahui model-model yang telah diguna pakai oleh pensyarah dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian merumuskan bahawa tiada model khas yang dirujuk atau digunakan dalam PdP ASP. Walau bagaimanapun, semua pensyarah telah mengimplimentasikan Naqli dan Aqli dalam PdP.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Arab Tujuan Khas (ASP); Integrasi naqli dan aqli; Implimentasi
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13837
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jan 2020 04:40
Last Modified:03 Jan 2020 08:38

Repository Staff Only: item control page