Kearifan lokal masyarakat Melayu Muslim Langkawi dalam pelancongan membantu pelestarian pembangunan masyarakat

Rosfazila Abd Rahman, and Abdul Razif Zaini, and Novel Lyndon, (2018) Kearifan lokal masyarakat Melayu Muslim Langkawi dalam pelancongan membantu pelestarian pembangunan masyarakat. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (2). pp. 115-122. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
157kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153

Abstract

Masyarakat Melayu Langkawi mewarisi kearifan lokal dalam kegiatan pelancongan sejak Pulau Langkawi diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1984. Artikel ini ditulis untuk menjelaskan bentuk kearifan lokal dalam pelancongan yang dapat membantu pelestarian pembangunan masyarakat Islam dan sikap masyarakat Melayu Langkawi terhadap kepercayaan dan amalan dalam pelancongan. Data diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian. Data dianalisis secara deskriptif menurut perspektif kualitatif. Kearifan lokal dapat dilihat pada tiga fasa dalam pelancongan, iaitu fasa sebelum, semasa dan selepas pengisytiharan pulau pelancongan. Hasil kajian mendapati kepercayaan dan amalan dalam pelancongan mempunyai hubungan dengan pelestarian pembangunan masyarakat Islam. Antara amalannya ialah pemahaman maksud pelancongan, aktiviti, faedah, kesan, sumbangan dan juga aktiviti-aktiviti juga pekerjaan berkaitan pelancongan. Didapati juga terdapat tiga kelompok sikap informan terhadap kepercayaan dan amalan pelancongan. Kajian ini dapat menyumbang terhadap pemahaman kearifan lokal dalam pelancongan yang membantu pelestarian pembangunan masyarakat Islam dan penonjolan keunikan suatu masyarakat khususnya dalam bidang pelancongan.

Item Type:Article
Keywords:Kearifan lokal; Masyarakat Melayu Langkawi; Pelancongan; Pelestarian pembangunan masyarakat Islam
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13838
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jan 2020 04:46
Last Modified:03 Jan 2020 08:39

Repository Staff Only: item control page