Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan dan Rawatan Dadah di Pengasih

Khairul Hamimah Mohammah Jodi, (2018) Nilai-nilai Islam dalam Program Pemulihan dan Rawatan Dadah di Pengasih. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (2). pp. 141-149. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
339kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153

Abstract

Pengasih merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang aktif membantu merawat dan memulihkan masalah ketagihan dadah dan mempunyai program tersendiri untuk penghuninya iaitu modul Terapi Komuniti dan program kerohanian untuk proses pemulihan dan rawatan mereka. Program tersebut menerapkan nilai-nilai Islam untuk menambah kefahaman dan penghayatan penghuni seterusnya menjadi pendorong kepada mereka untuk memperbaiki akhlak dan kesilapan lampau. Artikel ini mengupas nilai-nilai Islam yang diterapkan dan menganalisis kaedah pelaksanaan penerapan nilai-nilai Islam melalui Program Terapi Komuniti. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan teknik analisis dokumentasi bagi mendapatkan informasi tentang nilai-nilai Islam yang diterapkan dalam program tersebut. Selain itu, temu bual dan pemerhatian turut serta digunakan untuk mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan nilai dedikasi, kerjasama, tekun, tanggungjawab, bersih dan disiplin menjadi keutamaan dalam program ini selain daripada nilai-nilai lain yang seumpamanya. Ini bertujuan untuk membentuk peribadi penghuni yang komited ke arah pembaikan diri, bersungguh-sungguh, rajin dan mempunyai matlamat yang jelas apabila dibebaskan kelak. Malah sifat ini bakal membawa satu transformasi baru dalam kehidupan mereka selanjutnya.

Item Type:Article
Keywords:Terapi komuniti; Penerapan nilai-nilai Islam; Nilai-nilai Islam; Pengasih; Residen
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13841
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jan 2020 06:13
Last Modified:03 Jan 2020 08:41

Repository Staff Only: item control page