Pendekatan fiqh ta’ayusy dalam menangani konflik antara agama

Nazneen Ismail, and Aemy Elyani Mat Zain, and Norsaadah Din @ Mohamad Nasirudin, and Maryam Habibah Kamis, (2018) Pendekatan fiqh ta’ayusy dalam menangani konflik antara agama. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (2). pp. 151-160. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
188kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153

Abstract

Konflik antara agama merupakan perkara yang sensitif dalam sebuah negara yang mempunyai masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan perlu berperanan dalam kerangka Islam bagi menghadapi konflik ini. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menjelaskan pendekatan fiqh al-ta’ayusy atau disebut sebagai interaksi harmoni dalam menangani konflik antara agama. Kajian ini dilakukan berdasarkan penulisan lalu dan disesuaikan dengan isu berkaitan konflik antara agama di Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa al-ta’ayusy dalam Islam mempunyai tiga pendekatan utama iaitu dialog antara agama, dakwah dan penerimaan agama lain. Selain itu, al-ta’ayusy juga tertakluk kepada beberapa syarat di mana umumnya adalah berkaitan kemuliaan agama Islam itu sendiri dan kepentingan bermuamalah dengan bukan Islam secara baik serta mementingkan keharmonian sejagat. Penerimaan terhadap masyarakat berlainan agama juga terhad kepada perkara selain daripada aspek asas agama seperti tauhid dan ibadah. Ini adalah penting agar interaksi harmoni dapat dicapai tanpa melunturkan agama dalam diri sebagaimana yang dianjurkan oleh golongan pluralisme agama. Kajian ini juga diharapkan dapat memberikan penjelasan berkenaan peranan dan kaedah seorang Muslim dalam berhadapan dengan masyarakat bukan Islam.

Item Type:Article
Keywords:Fiqh al-Ta’ayusy; Interaksi harmoni; Konflik agama; Bukan Muslim; Komunikasi
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:13842
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jan 2020 06:18
Last Modified:03 Jan 2020 08:42

Repository Staff Only: item control page