Muhamad Faisal Ashaari, and Mohd Firdaus Hamzah, and Lily Yaakub, and Rosmawati Mohamad Rasit, (2018) Tarikan terhadap buku Indie dalam kalangan pembaca muda di Malaysia. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 40 (2). pp. 169-178. ISSN 0216-5636
|
PDF
691kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1153
Abstract
Buku genre Indie telah mendapat tempat dalam kalangan pembaca muda, khususnya generasi Z. Jualan buku Indie pada tahun 2013 dan 2015 telah menunjukkan penguasaan mereka dalam carta penjualan buku tempatan dan ini bukan sekadar mencabar tetapi mengalahkan genre penulisan arus perdana. Minat pembaca dengan genre penulisan ini dikaitkan dengan keunikan pendekatan penulisannya. Justeru, kajian ini mengkaji faktor tarikan terhadap keunikan penulisan buku Indie dalam kalangan pembaca muda di Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 100 orang responden menggunakan persampelan bertujuan. Sampel responden dipilih dalam kalangan kelompok netizen pada peringkat remaja dan awal belia sebagai kumpulan generasi Z. Hasil kajian mendapati terdapat lima faktor yang menjadi tarikan kepada pembaca untuk membeli dan membaca buku berkenaan iaitu dari sudut tajuk, kulit buku, olahan isi kandungan, mesej dan grafik serta peranan media baharu. Buku Fixi Sdn. Bhd. dan Dubook Press mencatatkan penerbit buku Indie yang paling diminati dan menjadi pilihan dalam kalangan pembaca muda.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Buku Indie; Dakwah atas talian; Media baru; Pemikiran Islam; Liberalisme |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 13844 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jan 2020 06:28 |
Last Modified: | 03 Jan 2020 08:43 |
Repository Staff Only: item control page