Pertukaran sistem kepada patuh syariah sebagai alternatif kepada sistem perbankan dan institusi kewangan konvensional: pengalaman di Malaysia

Nurul Iman Mohd Zain, and Luqman Abdullah, (2019) Pertukaran sistem kepada patuh syariah sebagai alternatif kepada sistem perbankan dan institusi kewangan konvensional: pengalaman di Malaysia. Jurnal Hadhari, 11 (1). pp. 19-36. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
499kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1186

Abstract

Sistem kewangan dan perbankan konvensional adalah sangat berbeza dengan sistem kewangan dan perbankan Islam. Walaupun kedua sistem ini mempunyai fungsi yang sama iaitu peranannya sebagai ‘badan perantara’ antara unit lebihan surplus unit dengan unit kurangan deficit unit. Namun setiap urusniaga dan operasi yang dijalankan adalah berbeza. Ini disebabkan falsafah dan elemen teras yang menjadi tonggak kepada perjalanan bagi kedua-dua sistem adalah berbeza. Justeru, fenomena pertukaran sistem bagi sesetengah perbankan konvensional untuk menjadi sebuah perbankan yang patuh syarak adalah fenomena positif, di mana fenomena ini dapat menggalakkan perkembangan dan pembangunan sistem kewangan Islam di Malaysia yang sememangnya adalah sebuah negara Islam, bukan sahaja di peringkat serantau malahan ke peringkat global. Artikel ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar pertukaran sistem bagi institusi perbankan dan kewangan konvensional kepada institusi perbankan dan kewangan Islam yang berlaku di Malaysia. Bagi mencapai objektif ini, kajian dilaksanakan melalui dua metode utama, iaitu metode persejarahan dan metode pengumpulan serta penganalisaan data. Hasil kajian mendapati bahawa Malaysia merupakan antara negara yang giat memajukan sistem kewangannya ke arah sistem kewangan Islam. Walaupun sistem kewangan konvensional masih beroperasi, namun usaha untuk menjadikan sistem kewangan Islam sebagai alternatif kepada sistem berteraskan riba dan faedah adalah usaha yang positif sekali gus berpotensi memperkasakan kedudukan Malaysia sebagai hub kewangan Islam antarabangsa.

Item Type:Article
Keywords:Perbankan Islam; Perbankan konvensional; Pertukaran; Sistem kewangan konvensional; Sistem kewangan Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:13847
Deposited By: ms aida -
Deposited On:02 Jan 2020 07:59
Last Modified:03 Jan 2020 08:46

Repository Staff Only: item control page