Nurhayati Abdullah, and Kamarudin Salleh, (2019) Memahami tafsiran perkataan “al-Islām” perspektif Muhammad Asad dalam “The Message of The Qurān”. Jurnal Hadhari, 11 (1). pp. 37-51. ISSN 1985-6830
|
PDF
548kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1186
Abstract
Islam telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunah Waljamaah sebagai satu nama agama yang diiktiraf kebenarannya secara mutlak dan satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT (eksklusif). Namun bagi Muhammad Asad, beliau mentafsirkan Islam dengan cara yang berbeza daripada tafsiran muktabar. Muhammad Asad mentafsirkan Islam sebagai penyerahan diri kepada tuhan (self surrender to God) dengan makna bahasa secara generik. Kajian analitikal deskriptif ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan menganalisa terjemahan dan huraian Muhammad Asad terhadap nas-nas al-Quran yang mengandungi perkataan Islam untuk memahami tafsiran Islam perspektif beliau dalam karyanya, The Message of the Qur’ān dan memberikan ulasan kritikal terhadap idea beliau. Tafsiran Islam perspektif Muhammad Asad didapati menjurus kepada fahaman pluralisme agama kerana mengiktiraf kebenaran semua agama monoteisme.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Muhammad Asad; Islam; Islam liberal; Pluralisme agama; Kebenaran mutlak |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 13848 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 02 Jan 2020 08:04 |
Last Modified: | 03 Jan 2020 08:47 |
Repository Staff Only: item control page