Cabaran dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan (PMI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sa'adi Awang, and Siti Arni Basir, and Hasan Al-Banna Mohamed, (2019) Cabaran dalam pelaksanaan program pembangunan modal insan (PMI) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jurnal Hadhari, 11 (1). pp. 87-105. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
568kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1186

Abstract

Modal insan merupakan aset penting bagi kelangsungan organisasi. Modal insan yang lemah tidak mampu menyumbang secara efektif kepada organisasi. Oleh itu, modal insan perlu dibangunkan melalui program-program bersesuaian agar potensi mereka dapat dikembangkan ke tahap maksimum. Antara institusi Islam yang memainkan peranan penting di Malaysia ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menguruskan Hal Ehwal Islam di Malaysia. Institusi tersebut memerlukan modal insan yang cekap untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi kehendak pelanggan. Namun begitu, terdapat cabaran dalam melaksanakan program pembangunan modal insan (PMI) di institusi ini. Sorotan literatur menunjukkan kajian empirikal mengenai program PMI di institusi ini masih kurang dijalankan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat cabaran pelaksanaan program PMI yang dilaksanakan di JAKIM. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan JAKIM sebagai kajian kes. Seramai 15 orang informan telah ditemu bual dalam kajian ini. Data telah dianalisis menggunakan kaedah analisis tema dengan bantuan perisian ATLAS-Ti. Hasil kajian menunjukkan terdapat enam cabaran pelaksanaan program PMI yang dilaksanakan di JAKIM iaitu kandungan latihan tidak menarik, kurang komitmen terhadap program pengajian, kelemahan pengurusan sumber manusia (PSM), kualiti kerja yang kurang strategik, keengganan pegawai menghadiri kursus dan cabaran-cabaran lain. Program PMI mampu membawa pelbagai faedah positif kepada organisasi. Oleh itu, para pengurus hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut di organisasi masing-masing.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran; Program; Pembangunan modal insan; Institusi pentadbiran Islam
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:13850
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jan 2020 01:01
Last Modified:03 Jan 2020 08:49

Repository Staff Only: item control page