Kerajaan perpaduan dalam wacana parti politik Melayu-Muslim di Malaysia

Wafdi Auni Mohamed, (2019) Kerajaan perpaduan dalam wacana parti politik Melayu-Muslim di Malaysia. Jurnal Hadhari, 11 (1). pp. 107-118. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
412kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/issue/view/1186

Abstract

Hampir sedekad kontroversi Kerajaan Perpaduan menjadi polemik yang mempengaruhi permuafakatan politik selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Walaupun cadangan tersebut telah ditolak, namun wacananya menjadi polemik yang mengundang pelbagai kontroversi terutama dalam kalangan parti politik Melayu-Muslim di Malaysia. Polemik ini juga telah mencetuskan perpecahan Pakatan Rakyat (PR) iaitu sebuah permuafakatan politik dalam kalangan parti-parti utama pembangkang pada 2015. Berdasarkan senario ini, timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan pembentukan kerajaan perpaduan di Malaysia? Apakah polemik yang telah berlaku? Adakah kerajaan perpaduan hanya berfokus terhadap kerjasama parti politik Melayu-Muslim sahaja? Makalah ini secara umumnya berhasrat mencari jawapan kepada persoalan ini. Oleh yang demikian, makalah ini dilakukan untuk menganalisis polemik kerajaan perpaduan dalam wacana politikal parti politik Melayu-Muslim. Bagi mencapai objektif ini, data yang digunakan diperoleh daripada temu bual dengan sembilan orang responden dan dianalisis menggunakan analisis kandungan berbantukan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian ini menunjukkan wacana yang bersifat politik mempengaruhi dalam kalangan parti politik Melayu-Muslim menjadi faktor utama kegagalan pembentukan kerajaan.

Item Type:Article
Keywords:Kerajaan perpaduan; Wacana parti politik Melayu-Muslim; Malaysia
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:13851
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jan 2020 01:07
Last Modified:03 Jan 2020 08:49

Repository Staff Only: item control page