Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM menggunakan model Rasch

Rafidah Mohd Adnan, and Mohd Effendi Ewan Mohd Matore, (2019) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM menggunakan model Rasch. Journal of Quality Measurement and Analysis, 15 (1). pp. 1-14. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

815kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/jqma15_1a.html

Abstract

Instrumen Cabaran Guru Pelatih Praktikum (I-CGPKM) telah dibina bertujuan mengukur pelbagai cabaran yang dihadapi guru pelatih semasa menjalani latihan praktikum. Kajian ini bertujuan menghasilkan bukti empirikal mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM dengan menggunakan model Rasch. Kajian menggunakan kaedah tinjauan telah dilaksanakan di dua buah IPG, iaitu IPG Ilmu Khas dan IPG Bahasa Antarabangsa. Kajian ini melibatkan seramai 105 orang guru pelatih daripada semester tujuh sebagai sampel kajian melalui pensampelan rawak mudah. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I-CGPKM diukur dengan menggunakan model Rasch melalui perisian Winstep versi 3.68.2. Hasil dapatan ujian unikematraan mencatatkan piawaian varians reja sebanyak 40.1% dengan matra sekunder terbesar dalam konstras pertama yang mencatatkan varians sebanyak 8.7%. Melalui analisis model Rasch, hasil dapatan menunjukkan indeks kebolehpercayaan individu adalah 0.91 dan indeks kebolehpercayaan item adalah 0.96. Bagi kekutuban item pula, setiap item dapat menyumbang kepada pengukuran cabaran latihan praktikum apabila nilai PTMEA CORR setiap item melebihi 0.30, iaitu antara 0.51 hingga 1.50. Ujian kesepadanan item menunjukkan sebanyak sebelas item daripada 59 item digugurkan kerana nilai MNSQ infit dan outfit item berada di luar julat. Instrumen akhir menunjukkan sebanyak 48 item yang sesuai digunakan untuk mengukur lapan konstruk cabaran latihan praktikum. Secara keseluruhannya, analisis kebolehpercayaan dan kesahan konstruk ini adalah penting bagi memastikan penghasilan instrumen I-CGPKM yang berkualiti dan bermakna.

Item Type:Article
Keywords:I-CGPKM; Guru pelatih; Model Rasch; Cabaran; Kesahan dan kebolehpercayaan
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:13860
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jan 2020 06:23
Last Modified:06 Jan 2020 08:53

Repository Staff Only: item control page