Pengukuran prestasi universiti menggunakan model kecemerlangan prestasi menyeluruh berasaskan nilai teras

Nazzatul Dasyeema Bahar, and Nurshuhadah Mohd Sharif, and Nur Riza Mohd Suradi, and Zainol Mustafa, and Zalina Mohd Ali, and Norkisme Zainal Abidin, (2019) Pengukuran prestasi universiti menggunakan model kecemerlangan prestasi menyeluruh berasaskan nilai teras. Journal of Quality Measurement and Analysis, 15 (2). pp. 9-23. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

291kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/current.html

Abstract

Perubahan yang berlaku dalam persekitaran politik dan ekonomi global menjadikan pengurusan organisasi semakin mencabar. Proses globalisasi dan liberalisasi ekonomi, peralihan ekonomi negara kepada K-ekonomi, tekanan untuk memperluaskan konsep governans, jangkaan pemegang taruh dan pelanggan serta revolusi dalam teknologi maklumat memerlukan suatu pengukuran prestasi yang lebih seimbang untuk memastikan organisasi terus relevan dan bersaing. Keperluan sebuah organisasi bagi menterjemahkan nilai dan berpegang kepada prinsip amatlah signifikan dan penting dalam mewujudkan satu sistem pengukuran bagi meningkatkan prestasi organisasi yang berasaskan nilai teras. Model Kecemerlangan Prestasi Menyeluruh Berasaskan Nilai Teras (VBTPEM) merupakan satu daripada pengukuran prestasi yang tidak asing lagi bagi kebanyakan organisasi. Dengan menggunakan nilai-nilai teras yang telah dibangunkan oleh model VBTPEM ini, pengukuran nilai lebih mudah ditentukan. Dalam kajian ini, beberapa kriterium bersandarkan nilai teras, iaitu kepimpinan, budaya, produktiviti dan prestasi diukur untuk mengkaji prestasi Institut Pengajian Tinggi (IPT). Perisian SmartPLS telah digunakan untuk menguji hubungan di dalam model teori tersebut. Dapatan kajian menyokong empat daripada lima hipotesis yang diajukan dan menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara nilai yang dipilih dengan prestasi sesebuah universiti.

Item Type:Article
Keywords:Kepimpinan; Pengukuran Prestasi Berasaskan Nilai Teras (VBTPEM); SmartPLS; Pembeza layan; Konstruk
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:13869
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2020 03:15
Last Modified:08 Jan 2020 09:20

Repository Staff Only: item control page