Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru

Siti Sarah Baharom, and Adibah Abdul Latif, (2019) Ciri psikometrik instrumen laluan kerjaya guru. Journal of Quality Measurement and Analysis, 15 (2). pp. 47-58. ISSN 1823-5670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

312kB

Official URL: http://www.ukm.my/jqma/current.html

Abstract

Struktur laluan kerjaya guru yang baharu diperkenalkan bagi mengekalkan motivasi dan minat guru dalam sistem pendidikan. Objektif kajian adalah mengukur ciri psikometrik Instrumen Laluan Kerjaya Guru versi 1.0 (ILKEG 1.0) yang menggunakan skala lima pemeringkatan. ILKEG digunakan untuk mengukur kecenderungan guru dalam memilih laluan kerjaya berdasarkan kompetensi. Ciri psikometrik yang diuji dalam kajian ini meliputi aspek kesahan kandungan, kesahan konstruk, kebolehpercayaan item dan kesesuaian skala. Fasa penetapan konsep dan pembangunan item telah mengenal pasti enam dimensi berkaitan pengukuran kompetensi guru yang dibina berdasarkan Model Pengukuran Kompetensi Guru (terdiri daripada tiga konstruk: Pengetahuan, Kemahiran dan Nilai Profesionalisme), iaitu Pembelajaran dan Pengajaran, Ujian dan Pentaksiran, Pengurusan Bilik Darjah, Pembelajaran Profesionalisme, Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Sumber Manusia. Sebanyak 92 item telah diadaptasi daripada Standard Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Analisis kebolehpercayaan antara penilai digunakan untuk menguji kesahan kandungan ILKEG 1.0. Indeks Fleiss Kappa yang diperoleh mencatatkan nilai persetujuan yang tinggi, iaitu 0.89-1.00 bagi kesemua dimensi. Walau bagaimanapun, dua item dicadangkan untuk ditukar dan 15 item perlu ditambah baik. Kajian ini melibatkan 50 orang guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak dari sebuah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Dapatan analisis menunjukkan ILKEG 1.0 mempunyai ciri kesahan konstruk yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu 0.91 dan indeks pengasingan item 3.16. Kesahan konstruk diperhati melalui i) keseragaman dimensi (julat nilai eigen 1.6-2.1; % varians kasar > 60% dan % varians tanpa penjelasan < 15%); ii) polariti item bernilai positif; dan iii) julat nilai kesesuaian item 0.02-1.62. Hasil penilaian menunjukkan enam item perlu digugurkan dan lapan item yang mempunyai nilai kesesuaian item yang tidak menepati piawaian perlu diperbaiki bagi menyokong ciri kesahan konstruk. Analisis kesesuaian skala pula menunjukkan dua julat kategori didapati mempunyai nilai perbezaan struktur kalibrasi < 1.4, seterusnya menyumbang kepada pembangunan ILKEG versi 2.0 yang terdiri daripada 86 item dengan skala tiga pemeringkatan.

Item Type:Article
Keywords:Laluan kerjaya guru; Ciri psikometrik; Kesahan kandungan; Kesahan konstruk; Kesesuaian skala
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:13872
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2020 03:33
Last Modified:08 Jan 2020 09:22

Repository Staff Only: item control page