Nurul Akqmie Badrul Hisham, and Abdul Latiff Ahmad, and Chang, Peng Kee (2019) Refleksi penerokaan etnografi peminat gelombang Korea di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 286-304. ISSN 0128-1496
|
PDF
714kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235
Abstract
Makalah ini adalah kajian awal mengenai fenomena gelombang Korea di Malaysia. Gelombang Korea ataupun Korean Wave merujuk kepada fenomena global penerimaan produk budaya Korea. Gelombang Korea boleh difahami sebagai segala bentuk produk budaya Korea termasuk muzik pop, drama, filem dan permainan video yang mana fokusnya sering kali kepada selebriti mereka. Namun, Shim (2017) mengembangkan lagi istilah ini dengan menyatakan bahawa selepas awal tahun 2010, gelombang Korea juga termasuk semua genre budaya Korea termasuk Soju (minum beralkohol dari Korea Selatan), makanan, minuman, fesyen, alat solekan, dan sebagainya lagi. Data dikumpulkan dari kerja lapangan dan pemerhatian peserta dalam beberapa acara peminat di Kuala Lumpur di samping penelitian kajian-kajian lampau. Pemerhatian dijalankan di konsert, sesi bertemu peminat dan di acara perhimpunan salah satu kumpulan peminat BTS Malaysia. Kajian penerokaan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman mengenai senario peminat gelombang Korea di Malaysia terutamanya dalam kalangan belia di Malaysia. Kajian ini mendapati perkembangan teknologi media memainkan peranan dalam mengembangkan gelombang Korea, di mana kajian-kajian lampau memperlihatkan bagaimana internet memainkan peranan penting dalam memperkembangkan fenomena gelombang Korea. Selain itu, kajian ini juga mendapati, kaedah pemerhatian sahaja tidak mencukupi untuk mendalami fenomena gelombang Korea terutamanya apabila melibatkan belia. Mengabungkan kaedah pemerhatian dengan kaedah temu bual mendalam boleh memperolehi data yang lebih tepat mengenai pengalaman belia terutamanya sejauhmanakah mereka terlibat dengan fenomena gelombang Korea ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Korean wave; Youth; Ethnograpghy; Youth culture; Observation |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13921 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jan 2020 08:08 |
Last Modified: | 13 Jan 2020 00:13 |
Repository Staff Only: item control page