Kemahiran komunikasi penutur asing: aplikasi pendekatan telefon pintar dan internet

Mardian Shah Omar, and Mashrom Muda, (2019) Kemahiran komunikasi penutur asing: aplikasi pendekatan telefon pintar dan internet. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 353-367. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
692kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235

Abstract

Usaha memartabat dan mengantarabangsakan budaya dan bahasa Melayu (BM) sering dikaitkan dengan pengajaran bahasa terhadap pelajar antarabangsa mahupun penutur asing yang datang ke negara ini. Pelbagai strategi telah disasarkan oleh tenaga pengajar dalam pengajaran masing-masing bagi memastikan pengajaran bahasa tersebut lebih berkesan dan mencapai matlamat yang disasarkan. Kajian ini mengambil kira penggunaan telefon pintar dalam proses pengajaran dan pembelajaran BM untuk pelajar asing sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi pelajar. Kajian ini juga melihat keberkesanan teknik ini kepada kemahiran komunikasi bertulis pelajar yang melalui proses pembelajaran ini. Kajian ini dilakukan ke atas pelajar antarabangsa di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Data diperolehi melalui soal selidik dan sesi temu bual bagi tujuan melihat respon subjek terhadap objektif kajian ini. Hasil kajian mendapati pelajar lebih cepat memahami dan lebih menguasai BM itu melalui teknik penggunaan telefon pintar tersebut sama ada melalui fungsi telefon pintar itu sendiri mahupun dengan penggunaan internet yang ada seperti penggunaan YouTube, Google Image, dan laman sesawang. Selain itu, pengkaji mendapati aktiviti pengukuhan yang dijalankan di dalam kelas pengajaran turut menyumbang kepada peningkatan kemahiran komunikasi pelajar asing ini. Kajian ini juga mendapati kaedah ini boleh digunakan dan diaplikasi pada mana-mana tahap pengajaran mahupun pada golongan sasaran yang berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Telefon pintar; Internet; Bahasa Melayu; Pelajar antarabangsa; Komunikasi
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13925
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2020 00:21
Last Modified:13 Jan 2020 00:16

Repository Staff Only: item control page