Rohaidah Haron, and Madiawati Mamat@Mustaffa, and Maizira Abdul Majid, (2019) Pembinaan identiti kepimpinan dalam wacana politik. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 386-407. ISSN 0128-1496
|
PDF
754kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235
Abstract
Dari perspektif analisis wacana (lisan atau tulisan), pemilihan dan penggemblengan unit-unit linguistik oleh pewacana harus dimanfaatkan sebaik-baiknya. Hal ini kerana dalam wacana, terkandung pelbagai proses sosial dan satu daripadanya ialah identiti. Sehubungan itu, pendekatan yang bersesuaian diperlukan untuk merungkai dan menjelaskan proses sosial tersebut. Pembinaan dan pengukuhan identiti dalam wacana dilihat sangat penting, khususnya kepada pemimpin yang baru dipilih dan dilantik menerajui sesebuah parti politik. Justeru, soal pembinaan identiti dalam wacana politik dilihat sangat penting untuk diteliti. Hecht (1993), Keller (1997), dan Hall (2002) antara pengkaji yang menegaskan bahawa bahasa dan identiti tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, dalam komunikasi, pemilihan unit-unit linguistik sangat penting kerana ia berupaya mencerminkan identiti seseorang pemimpin. Sehubungan itu, kajian ini memanfaatkan ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO sebagai data kajian. Secara khusus, naskhah ini bertujuan mengenal pasti kepelbagaian kata ganti nama diri (KGND) pertama yang wujud dalam ucapan tujuh orang bekas Presiden UMNO, selanjutnya mentafsir dan menjelaskan hubungan bahasa dengan pembinaan identiti seseorang presiden parti politik. Hasil kajian mendapati KGND pertama seperti saya, kita dan kami telah berupaya menjelaskan sama ada seseorang pemimpin itu cenderung bersifat pamer diri, keindividuan, kekitaan, kebersamaan, berkuasa dan sebagainya. Oleh itu, dalam komunikasi politik, KGND turut menyumbang kepada pembinaan identiti seseorang pemimpin. Memandangkan kajian ini berhasrat mempertalikan aspek bahasa dengan pembinaan identiti maka pendekatan analisis wacana kritis dijadikan landasan bagi menganalisis data ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Analisis wacana; Analisis wacana kritis; Kata ganti nama diri (KGND); Pembinaan identiti; Presiden UMNO |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13927 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Jan 2020 00:37 |
Last Modified: | 13 Jan 2020 00:19 |
Repository Staff Only: item control page