Romantik, kaya dan sempurna: representasi pasca-Islamism dalam Novel Ayat-Ayat Cinta 2 karya Habiburrahman El-Shirazy

Ummi Hani Abu Hassan, and Awang Azman Awang Pawi, (2019) Romantik, kaya dan sempurna: representasi pasca-Islamism dalam Novel Ayat-Ayat Cinta 2 karya Habiburrahman El-Shirazy. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 440-454. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
669kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235

Abstract

Pasca-Islamism adalah satu proses Islamisasi baru sama ada secara projek mahupun situasi halus yang berlaku di seluruh dunia. Ianya berlaku kesan globalisasi media. Walaupun perbincangannya bermula dengan isu sosio-politik dan empayar intelektual, kini pasca-Islamisme menjadi asas kepada sarwajagat muslim terutama yang berinteraksi dengan sistem dan nilai barat. Dalam konteks Indonesia yang mempunyai majoriti penduduk Islam dan mengamalkan politik demokrasi, ciri pasca-Islamism adalah sesuatu yang menarik untuk diterokai. Justeru, kajian ini mengemukakan sorotan mendalam terhadap Novel Ayat-Ayat Cinta 2 karya Habiburrahman El-Shirazy sebagai tirai diskusi kesusasteraan Islam pasca-Islamism. Kajian mendapati kelahiran novel-novel Islam selepas tahun 2003 dilatari oleh tiga faktor utama iaitu agama Islam yang semakin dihayati di Indonesia, budaya popular yang tumbuh hasil kesuburan politik demokrasi dan persaingan antara penerbit yang dipacu ekonomi pasaran bebas. Daripada aspek pembinaan plot dan naratif novel pula terbina dari dua struktur iaitu struktur yang berangkat dari penawaran mesej Islam dan struktur kisah-kisah yang lebih peribadi seperti cinta romantik dan seks. Alat penyatuan dua struktur tersebut adalah nilai-nilai komersial, kontemporari dan popular yang telah menerima penjenamaan dalam pasaran komunikasi dan media massa. Terakhir, kajian berpendapat bahawa Novel Ayat-Ayat Cinta 2 adalah hasil kesusasteraan dalam masa yang sama adalah produk budaya pasca-Islamism. Kesemua gabungan kisah cinta Islam, budaya popular masyarakat, produksi karya dan penyebaran karya dalam khalayak pembaca membentuk cita rasa dan pemikiran budaya popular semasa.

Item Type:Article
Keywords:Pasca-Islamism; Novel popular Islam; Sastera Indonesia; Novel Ayat-Ayat Cinta 2; Media massa
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13930
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2020 00:53
Last Modified:13 Jan 2020 00:27

Repository Staff Only: item control page