Ramli, Muhammad Ruslan and Latif, Das’ad (2019) Pilihan isu dan ketidakberpihakan pemberitaan Mediaindonesia.com dan Voa-islam.com terhadap Reuni 212. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (4). pp. 498-515. ISSN 0128-1496
|
PDF
859kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1235
Abstract
Artikel ini membahas tentang tingkah laku atau aksi Reuni 212 yang diamalkan oleh kumpulan umat Islam Indonesia di Jakarta pada 2018. Mereka tidak berpuas hati dengan prestasi pemerintah dan menuntut pembaikan situasi Mediaindonesia.com dan voa-islam.com iaitu dua media dalam talian yang menyiarkan Reuni 212. Penyelidikan ini bertujuan untuk memaparkan pilihan isu dan informan serta ketidakberpihakan berita mediaindonesia.com dan voa-islam.com ke atas Reuni 212. Kaedah penyelidikan ini menggunapakai teknik analisis kandungan dengan pendekatan kuantitatif-deskriptif dan teori penentuan agenda menjadi tunjang perbincangan isu ini. Hasil penyelidikan ini mendedahkan bahawa dari aspek penciptaan isu, mediaindonesia.com menganggap Reuni 212 sebagai isu gerakan politik, manakala voa-islam.com memandangnya sebagai isu persatuan kumpulan umat Islam Indonesia. Dari aspek ketidakberpihakan, kategori neutraliti menunjukkan voa-islam.com sebagai media yang berpihak berbanding mediaindonesia.com. Untuk kategori keseimbangan, kedua-dua mediaindonesia.com ataupun voa-islam.com lebih dominan memakai sumber yang sama pemikiran dengan mereka. Dari aspek pilihan informan, mediaindonesia.com lebih bersifat egalitarian dan berfikiran terbuka manakala voa-islam.com lebih tertutup bagi pihak luar. Sebagai kesimpulan, secara keseluruhan kajian ini memberi impak yang menimbulkan pandangan adanya penyatuan media terhadap penentuan berita di bilik berita. Apa yang terjadi di lapangan boleh disesuaikan dengan keinginan orang-orang yang berada di bilik berita. Mereka akan menentukan isu dan topik yang perlu disuarakan kepada masyarakat. Kesemuanya dirancang sesuai dengan agenda media yang berhubung kait dengan pemilikan media. Dengan demikian, sama ada mediaindonesia.com mahupun voa-islam.com jelas sekali mempamerkan fungsi teori penentuan agenda ke atas Reuni 212 dengan baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Reuni 212; Analisis kandungan; Penentuan agenda; Ketidakberpihakan; Keseimbangan |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13935 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 10 Jan 2020 01:19 |
Last Modified: | 13 Jan 2020 00:31 |
Repository Staff Only: item control page