Suharmi Ismail, and Nurulhuda Adabiah Mustafa, and Faridah Jalil, (2019) Tadbir urus universiti awam di Malaysia pascapindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 2009. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 24 . pp. 1-24. ISSN 1394-7729
|
PDF
411kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/juum/issue/view/1242
Abstract
Kerajaan telah mengambil langkah progresif apabila membawa cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] ke Parlimen pada akhir tahun 2008 yang kemudiannya diluluskan dan dikuatkuasakan pada 1 Februari 2009. Kajian ini bertujuan meneliti perubahan-perubahan yang dibawa oleh pindaan Akta 30 tersebut dan kesannya kepada tadbir urus universiti awam hingga ke hari ini. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunapakai kaedah kajian perundangan dengan reka bentuk sejarah perundangan dan perbandingan melalui pendekatan kajian perpustakaan. Dapatan menunjukkan bahawa pindaan Akta 30 tahun 2009 telah membawa perubahan yang signifikan kepada tadbir urus dan autonomi universiti serta kebajikan dan hak asasi pekerja dan pelajar universiti. Kajian ini akan membolehkan masyarakat mengetahui evolusi perubahan dasar kerajaan dalam sektor pendidikan tinggi, dan boleh menjadi sumber rujukan kepada pentadbir dan pembuat dasar bagi menambah baik tadbir urus dan autonomi universiti awam sedia ada.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tadbir urus universiti; Autonomi; Kebebasan akademik; Universiti awam; Pelajar |
Journal: | Jurnal Undang-undang dan Masyarakat |
ID Code: | 13944 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 13 Jan 2020 06:46 |
Last Modified: | 15 Jan 2020 09:28 |
Repository Staff Only: item control page