Kesan racun cypermethrin, deltamethrin and trichlorfon ke atas kadar pemangsaan dan kelakuan pemangsaan Sycanus dichotomus

Noor Farehan Ismail, and Dzulhelmi Muhammad Nasir, and Idris Abd Ghani, (2018) Kesan racun cypermethrin, deltamethrin and trichlorfon ke atas kadar pemangsaan dan kelakuan pemangsaan Sycanus dichotomus. Serangga, 23 (2(SI)). pp. 59-72. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
408kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/serangga/issue/view/1133/s...

Abstract

Kajian ke atas Sycanus dichotomus yang dirawat dengan dos separa mati racun serangga cypermethrin, deltamethrin dan trichlorfon telah dilakukan. Tujuannya ialah untuk menentukan kesan ketoksikan racun-racun ini yang biasanya digunakan di ladang sawit bagi mengawal ulat bungkus. Kaedah pencelupan serangga dewasa betina ke dalam larutan racun digunakan. Hasil kajian menunjukkan dos separa mati turut memberi impak negatif ke atas kadar pemangsaan dan kelakuan pemangsaan S. dichotomus betina dewasa, di mana bilangan larva Tenebrio molitor yang mampu dibunuh oleh pemangsa kawalan adalah dua kali ganda lebih tinggi dan berbeza secara signifikan (P<0.05), berbanding bilangan larva T. molitor yang dibunuh oleh serangga pemangsa yang telah terdedah dengan racun serangga dalam tempoh 24 jam selepas rawatan dibuat. Sycanus dichotomus yang telah terdedah pada larutan dos separa mati racun serangga mengambil masa yang lebih panjang dan berbeza secara signifikan (P<0.05) berbanding serangga kawalan untuk melakukan kelakuan pemangsaan membunuh mangsa. Ini disebabkan oleh berlakunya pemanjangan tempoh masa diambil bagi aktiviti-aktiviti kelakuan pemangsaan seperti melakukan aktiviti membangkitkan, menghampiri, dan menghisap cecair dari badan mangsa. Kajian makmal jelas menunjukkan faktor pemilihan racun yang bijak bukan sahaja mampu mengawal populasi perosak malah tidak memberi kesan negatif kepada musuh semulajadi perosak. Ini penting bagi memastikan keberkesanan aplikasi sistem Pengurusan Perosak Bersepadu (PPB) dalam ekosistem sawit menerusi integrasi racun serangga dan agen kawalan biologi dalam mengawal serangga perosak dan sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada racun serangga dalam mengawal populasi perosak daun sawit.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM); Kelapa sawit; Sycanus dichotomus
Journal:Serangga
ID Code:13950
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Jan 2020 08:08
Last Modified:17 Jan 2020 08:21

Repository Staff Only: item control page