Keberkesanan pemeliharaan Sycanus dichotomous (hemiptera: reduviidae) secara berkelompok di dalam makmal menggunakan larva Tenebrio molitor sebagai sumber makanan alternatif

Muhamad Fahmi Muhamad Halil, and Dzulhelmi Muhammad Nasir, and David A.D., and Idris Abdul Ghani, (2018) Keberkesanan pemeliharaan Sycanus dichotomous (hemiptera: reduviidae) secara berkelompok di dalam makmal menggunakan larva Tenebrio molitor sebagai sumber makanan alternatif. Serangga, 23 (2). pp. 155-169. ISSN 1394-5130

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/serangga/issue/view/1133/sh...

Abstract

Sycanus dichotomous (Hemiptera: Reduviidae) merupakan antara pemangsa semulajadi bagi kebanyakan jenis serangga perosak tanaman. Kajian makmal yang dijalankan ini bertujuan menilai kesesuaian pemeliharaan S. dichotomous secara berkelompok melalui pemerhatian ke atas aspek kitar hidup dan tahap kesuburan pemangsa. Kajian dijalankan di makmal rumah haiwan, UKM selama enam bulan dengan memelihara pemangsa S. dichotomous dalam bekas plastik pada kelompok yang berbeza (5, 10, 15, 20 individu) menggunakan larva Tenebrio molitor sebagai sumber makanan alternatif. Hasil kajian mendapati tempoh perkembangan hidup pemangsa S. dichotomous bermula peringkat nimfa pertama sehingga dewasa tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P>0.05) yang direkodkan antara kelompok pemeliharaan yang berbeza. Selain itu, hasil kajian juga mendapati jumlah bilangan Sycanus jantan dan betina dewasa yang terbentuk tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P>0.05) antara kelompok yang berlainan. Manakala hasil kajian kesuburan S. dichotomous pula menunjukkan min peratusan telur yang menetas dan bilangan nimfa yang terhasil tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (P>0.05) antara kumpulan nisbah Sycanus jantan dan betina yang berbeza. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan (P<0.05) bagi min jumlah bilangan telur yang dihasilkan dan min bilangan larva T. molitor yang dimakan antara kumpulan nisbah Sycanus jantan dan betina yang berbeza. Melalui dapatan kajian ini menunjukkan pemangsa S. dichotomous sesuai dipelihara secara besar-besaran yang mana keupayaan peratusan hidup pemangsa sehingga dewasa adalah tinggi iaitu melebihi 69%.

Item Type:Article
Keywords:Kitaran hidup; Pemangsa semulajadi; Kawalan biologi; Pemeliharaan secara berkelompok
Journal:Serangga
ID Code:13960
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jan 2020 01:22
Last Modified:17 Jan 2020 08:37

Repository Staff Only: item control page