Gagasan pendekatan islam Hadhari untuk realiti masyarakat kini

Mohd Yusof Hj. Othman, (2008) Gagasan pendekatan islam Hadhari untuk realiti masyarakat kini. Jurnal Hadhari . ISSN 1985-6830

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jhadhari

Abstract

Seorang pemimpin mesti mempunyai gagasan untuk memajukan umat dan negaranya. Gagasan ini merupakan aspirasi dan juga harapan kepimpinan tersebut dalam merealisasi usaha membangun umatnya. Ia juga merupakan suatu panduan agar segala perancangan yang diadakan adalah untuk memenuhi semua prinsip gagasan yang disarankan. Gagasan negara perlu mengambil kira realiti masyarakat, permasalahan, kekuatan, peluang, aspirasi dan juga senario sosioekonomi dan politik sejagat yang berlaku di arena antarabangsa. Gagasan Pendekatan Islam Hadhari telah diperkenal dan dipromosikan sebaik sahaja Perdana Menteri Kelima memegang tampuk kepimpinan negara sebagai penerus kepada gagasan pembangunan sebelum ini untuk membangunkan negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyatnya. Kertas ini membicarakan rasional dan realiti yang dihadapi oleh negara dalam usaha membangunkan negara yang dijelmakan dalam Gagasan Pendekatan Islam Hadhari

Item Type:Article
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:1397
Deposited By: mr Mustaffa Abu Bakar
Deposited On:20 May 2011 01:52
Last Modified:20 May 2011 07:14

Repository Staff Only: item control page