Nor Hashimah Jalaluddin, and Adriana Santa Tinggom, and Siti Noraini Hamzah, and Hayati Lateh, (2019) Penyebaran dialek Melayu Satun di Langkawi dan di Thai: satu kajian perbandingan berasaskan Geographic Information System (GIS). GEMA ; Online Journal of Language Studies, 19 (1). pp. 77-96. ISSN 1675-8021
|
PDF
619kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1171
Abstract
Hubungan yang erat antara Langkawi (Malaysia) dengan Satun (Thailand) telah lama terbina kesan daripada faktor geografi, sejarah dan politik. Masyarakat di kedua-dua daerah ini menuturkan dialek Melayu yang sama, iaitu dialek Melayu Satun. Di samping ciri persamaan terdapat juga ciri-ciri perbezaan di antara keduanya. Secara umumnya dialek yang dituturkan di Langkawi dikenali sebagai dialek Satun Langkawi (DSL), manakala di Thai dipanggil dialek Satun Thai (DST). Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti dan menghuraikan ciri persamaan dan perbezaan antara kedua-dua dialek tersebut, dan fokus perbincangannya tertumpu pada aspek fonologi secara umum dan sebaran variannya. Kajian lapangan yang dilakukan melibatkan 240 informan yang terdiri daripada golongan muda, dewasa dan tua. Data soal selidik yang diperolehi, ditranskripsi dan dimasukkan dalam perisian ArcGis bagi menghasilkan peta dialek. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya tiga aspek yang berbaloi untuk dibandingkan dan dihuraikan, iaitu ciri bunyi bagi DSL dan DST, penyebaran DSL dan DST dan pengaruh fonologi Thai dalam DSL dan DST. Perilaku fonologi yang ketara yang dikongsi bersama oleh kedua-dua dialek ini melibatkan empat proses fonologi yang beroperasi secara sistematis ke atas item leksikal natif, iaitu monosilabifikasi, aspirasi, pembentukan nada dan vokal panjang. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kemasukan ciri fonologi Thai melalui peminjaman kata menandakan perbezaan signifikan antara DSL dengan DST. Nyatanya, jika perilaku linguistik ini berterusan, maka dua subdialek Melayu ini akan secara beransur-ansur terpisah dan akhirnya hilang kesalingfahamannya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Dialek Satun Langkawi; Dialek Satun Thai; Aspirasi; Nada; Monosilabifikasi; Vokal panjang |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 14047 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Jan 2020 00:51 |
Last Modified: | 24 Jan 2020 09:24 |
Repository Staff Only: item control page