Pengaruh hubungan sosial terhadap gelagat pembelian barangan bukan asas dan niat berhutang dalam kalangan isi rumah B40

Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, and Salmy Edawaty Yacoob, and Hairunnizam Wahid, (2019) Pengaruh hubungan sosial terhadap gelagat pembelian barangan bukan asas dan niat berhutang dalam kalangan isi rumah B40. Jurnal Ekonomi Malaysia, 53 (1). pp. 35-46. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
341kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2019.html

Abstract

Budaya berhutang telah dianggap sinonim dalam kalangan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Tujuan mereka berhutang adalah untuk membeli barangan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. Tinjauan terhadap kajian literatur terhadap kumpulan berpendapatan rendah di kawasan penempatan pinggir bandar mendapati budaya hutang telah membelenggu kehidupan mereka. Kumpulan B40 dijangkakan berhutang untuk memenuhi keperluan asas dan untuk membiayai kos-kos asas harian. Namun disebabkan peredaran masa dan persekitaran, kemungkinan terdapat keperluan lain yang ingin dipenuhi oleh mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk melihat pengaruh hubungan sosial terhadap pembelian barangan tahsiniyyat dengan hutang dan niat menambah pinjaman dalam kalangan isi rumah B40 di Wilayah Felda Lahad Datu, Sabah. Sampel kajian ini terdiri daripada 378 wakil isi rumah B40. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan signifikan antara hubungan sosial terhadap niat menambah pinjaman dan gelagat pembelian barangan bukan asas melalui pinjaman. Kajian ini dapat menjelaskan bahawa hubungan sosial mempunyai pengaruh yang besar terhadap pengurusan kewangan dan perbelanjaan seseorang. Oleh yang demikian usaha untuk mendidik mengenai pengurusan kewangan khususnya hutang perlu diperluaskan kepada kumpulan B40 di samping perlunya penglibatan mereka dalam program-program kerohanian agar mereka mempunyai kekuatan dalam berhadapan dengan kumpulan-kumpulan sosial yang sentiasa mempengaruhi seseorang dalam banyak aspek.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan social; Isi rumah B40; Felda; Gelagat pembelian; Niat berhutang
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:14066
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jan 2020 06:17
Last Modified:29 Jan 2020 13:43

Repository Staff Only: item control page