Impak kekangan kewangan dan pemilikan ke atas produktiviti firma di Malaysia

Mohd Adib Ismail, and Sharlily Shahira Mat Nasir, (2019) Impak kekangan kewangan dan pemilikan ke atas produktiviti firma di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 53 (1). pp. 47-58. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
317kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2019.html

Abstract

Sumber kewangan merupakan faktor yang penting dalam keputusan pelaburan. Akses kepada sumber kewangan pula merupakan penentu kepada peningkatan produktiviti dan seterusnya menjana pertumbuhan firma. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji kesan kekangan kewangan, serta jenis dan struktur pemilikan ke atas produktiviti firma. Kajian ini menggunakan data tahunan firma yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dari tahun 2000 hingga 2015. Kajian ini menggunakan pendekatan Kaedah Momen Teritlak (GMM) sistem untuk menganalisis impak kekangan kewangan, pemilikan dan pemboleh ubah kawalan lain ke atas produktiviti. Hasil kajian mendapati kekangan kewangan, serta jenis dan struktur pemilikan mempunyai impak yang berbeza ke atas produktiviti firma. Dengan menggunakan analisis sub-sampel firma kerajaan, firma swasta dan firma asing, keputusan kajian mendapati firma asing paling dipengaruhi oleh kekangan kewangan diikuti firma kerajaan dan firma swasta. Dalam situasi kecairan negatif, kekangan kewangan yang dihadapi firma kerajaan dan swasta meningkat. Manakala, eksport pula berjaya mengurangkan impak kekangan kewangan ke atas firma asing sahaja. Keputusan analisis struktur pemilikan pula mendapati bahawa ia tidak mempengaruhi produktiviti firma. Maka, bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik, penggubal dasar perlu merangka strategi untuk memberi sokongan dalam aspek kewangan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan pertumbuhan firma-firma tempatan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kekangan kewangan; Produktiviti firma; Pemilikan; Kos agensi; Kaedah momen teritlak
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:14067
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Jan 2020 06:24
Last Modified:31 Jan 2020 22:25

Repository Staff Only: item control page