Strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam Malaysia

Lily Hanefarezan Asbulah, and Ashinida Aladdin, and Maimun Aqsha Lubis, and Mus’ab Sahrim, (2019) Strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar universiti awam Malaysia. GEMA: Online Journal of Language Studies, 19 (2). pp. 139-159. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
641kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1188

Abstract

Strategi pembelajaran kolokasi merupakan strategi yang dipandang sepi dalam kurikulum bahasa Arab, namun para sarjana mengakui bahawa ia adalah strategi dominan yang digunakan dalam kalangan pelajar bahasa asing yang mempunyai keupayaan di tahap sederhana. Kajian ini meninjau tahap penggunaan strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab dalam kalangan pelajar bahasa Arab di universiti awam Malaysia. Untuk tujuan itu, satu set soal selidik jenis skala Likert telah diedarkan kepada pelajar bahasa Arab yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam dan sudah berada pada tahun akhir pengajian. Kajian ini menggunakan pensampelan rawak mudah. Seramai 344 orang pelajar daripada lapan buah universiti awam menyertai kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi pembelajaran kolokasi dalam bahasa Arab adalah dominan walaupun berada pada skala penggunaan yang sederhana. Kajian ini mencadangkan strategi pembelajaran kolokasi bahasa Arab yang baru berdasarkan substrategi pengecaman, masteri teknik (kefahaman, pengulangan, penonjolan, kamus, sosial dan imejan) serta aplikasi. Selain dari itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi pembelajaran kolokasi perlu dimanfaatkan oleh pelajar terutamanya dalam memainkan peranan autonomi bagi meningkatkan kompetensi dalam penggunaan bahasa Arab terutamanya aspek kolokasi.

Item Type:Article
Keywords:Kolokasi; Strategi pembelajaran; Bahasa Arab; Bahasa asing; Universiti awam
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:14085
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Jan 2020 02:44
Last Modified:31 Jan 2020 22:42

Repository Staff Only: item control page