Bahasa Remun di negeri Sarawak: kajian perbandingan dengan bahasa Iban

Chong, Shin and Remmy Gedat, and Mohammed Azlan Mis, (2019) Bahasa Remun di negeri Sarawak: kajian perbandingan dengan bahasa Iban. GEMA: Online Journal of Language Studies, 19 (4). pp. 203-218. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
581kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1227

Abstract

Bahasa Ibanik adalah cabang bahasa Melayik yang variasinya memaparkan inovasi *-an, *- ang dan *-ar kepada /-ay/. Cabang bahasa ini tersebar di Kalimantan Barat (Indonesia) dan Sarawak (Malaysia). Di Sarawak, hanya variasi bahasa Ibanik Iban sahaja yang dikenali umum. Bahasa Remun yang turut merupakan variasi Ibanik sebaliknya kurang mendapat perhatian sarjana. Melalui tinjauan kosa ilmu mendapati bahawa belum ada deskripsi linguistik intensif yang membincangkan hubungan antara bahasa Remun dan bahasa Iban. Kajian ini menerapkan pendekatan deskriptif untuk mencungkil persamaan dan perbezaan kedua-dua bahasa ini dengan berfokus kepada aspek leksikal dan fonologi. Daripada 150 sampel kosa kata yang dibandingkan, didapati kadar persamaan kosa kata untuk kedua-dua bahasa ini ialah 82%. Melalui analisis fonologi ke atas dua fonem, iaitu r dan s didapati bahawa fonem r wujud sebagai /ɣ/ dalam bahasa Remun manakala sebagai /r/ dalam bahasa Iban. Bagi fonem s, bunyi ini wujud sebagai /h/ pada posisi akhir kata Remun dan sebagai /s/ dalam bahasa Iban. Analisis fonologi ini telah memberi bukti tambahan bahawa bahasa Remun bukanlah sejenis dialek Iban walaupun memaparkan persamaan 85% kognat. Hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran badan perancang bahasa Iban di Sarawak tentang wujudnya kelainan variasi dalam bahasa berkenaan. Justeru kerana bahasa Iban Standard turut diajar sebagai matapelajaran teras dalam pendidikan di Sarawak, kelainan-kelainan ini wajar diberi perhatian untuk melancarkan pembelajaran bahasa Iban.

Item Type:Article
Keywords:Remun; Iban; Persamaan; Perbezaan; Leksikal; Fonem
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:14105
Deposited By: ms aida -
Deposited On:30 Jan 2020 02:36
Last Modified:30 Jan 2020 02:36

Repository Staff Only: item control page