Inovasi, pengantarabangsaan dan keupayaan menyerap di negara Muslim: bukti baharu daripada pendekatan Poisson dan binomial negatif

Nur’Jila Mohammad, and Nurul Syafiza Che Nan, and Tengku Kasmini Tengku Wook, and Tamat Sarmidi, and Abu Hassan Shaari Md Nor, (2019) Inovasi, pengantarabangsaan dan keupayaan menyerap di negara Muslim: bukti baharu daripada pendekatan Poisson dan binomial negatif. Jurnal Ekonomi Malaysia, 53 (2). pp. 1-15. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
954kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2019-2.html

Abstract

Motivasi kajian ini adalah tertumpu kepada konsep ‘kesan tarikan ICT’ dan ‘kesan tolakan PLA’ dalam mempengaruhi inovasi. Kajian ini menghipotesiskan pengaruh pengantarabangsaan ke atas inovasi mungkin berbeza mengikut tahap kemampuan menyerap negara Muslim. Istilah pengantarabangsaan sering dikaitkan dengan import, eksport dan pelaburan langsung asing (PLA). Manakala keupayaan menyerap merupakan keupayaan sesebuah negara untuk mengenalpasti, memahami dan mengkomersialkan pengetahuan. Dengan kata lain, negara yang mempunyai tahap pengantarabangsaan yang besar tetapi dengan tahap kemampuan menyerap yang rendah mungkin menjejaskan aktiviti inovasi. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sama ada kemampuan menyerap dan pengantarabangsaan meningkatkan pembangunan aktiviti inovasi di negara Muslim. Model bilangan iaitu model Poisson dan model binomial negatif akan digunakan untuk menganggar data keratan rentas dari tahun 2000 hingga 2016. Hasil kajian menunjukkan impak positif pengantarabangsaan terhadap inovasi adalah bergantung kepada kemampuan menyerap, iaitu pembangunan ICT. Oleh itu, ini menyarankan bahawa dasar yang digubal untuk meningkatkan pengantarabangsaan perlu disusuli dengan komitmen yang berterusan dalam pertumbuhan kemampuan menyerap bagi merangsang proses inovasi di negara Muslim.

Item Type:Article
Keywords:Kapasiti menyerap; Pengantarabangsaan; Inovasi; Model bilangan; Negara muslim
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:14123
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Feb 2020 06:23
Last Modified:06 Feb 2020 13:39

Repository Staff Only: item control page