Pekerja efektif dan kecekapan teknik firma pembuatan di Malaysia

Rahmah Ismail, and Syahida Zainal Abidin, and Mohd Nasir Mohd Saukani, (2019) Pekerja efektif dan kecekapan teknik firma pembuatan di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 53 (2). pp. 1-14. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
849kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2019-2.html

Abstract

Kualiti pekerja amat penting dalam meningkatkan kecekapan sesebuah organisasi. Pekerja yang berkualiti sering dikaitkan dengan kecekapan dan produktiviti yang tinggi yang akhirnya meningkatkan daya saing sesebuah organisasi dan sektor. Dalam konteks Malaysia, kecekapan teknik sektor pembuatan amat penting diteliti memandangkan sumbangannya yang sangat signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sektor ini juga merupakan pemacu guna tenaga yang pantas, malah, beberapa subsektor di dalamnya disenaraikan dalam Bidang Ekonomi Keutamaan Negara (NKEA). Kualiti pekerja boleh diukur melalui pelbagai kaedah yang secara umumnya bersandarkan kepada pencapaian modal manusia individu. Ukuran yang sering digunakan dalam literatur adalah seperti tingkat pencapaian pendidikan dan kategori pekerjaan. Namun, ukuran ini mengabaikan peranan upah yang menggambarkan produktiviti seseorang pekerja. Kebanyakan kajian lepas tidak mengukur kualiti pekerja secara komposit apabila melihat pengaruhnya terhadap kecekapan teknik. Artikel ini bertujuan menganalisis tahap kualiti pekerja secara komposit atau dikenal sebagai pekerja efektif dan meneliti pengaruhnya terhadap kecekapan teknik firma pembuatan di Malaysia. Analisis berdasarkan kepada data 1077 firma pembuatan yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2009 melalui Penyiasatan Industri Pembuatan 2010. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap pekerja efektif dan kecekapan teknik firma pembuatan masih berada pada peringkat sederhana, malah, amat rendah bagi firma bersaiz mikro. Penentu ketakcekapan teknik yang penting adalah pekerja efektif, perbelanjaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perbelanjaan latihan dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Implikasi daripada dapatan ini adalah firma pembuatan masih perlu meningkatkan pelaburan modal manusia pekerjanya serta meningkatkan perbelanjaan terutamanya dalam latihan pekerja dan R&D.

Item Type:Article
Keywords:Worker’s quality; Effective worker; Technical efficiency; Manufacturing firms
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:14128
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Feb 2020 07:12
Last Modified:06 Feb 2020 13:43

Repository Staff Only: item control page