Pengaruh tanggapan mudah guna dalam penerimaan terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus

Sazanah Md Ali, and Ahmad Zamzuri Mohamad Ali, (2019) Pengaruh tanggapan mudah guna dalam penerimaan terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 8 (1). pp. 1-15. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
554kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/1179

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor psikologi, sosial, teknologi dan institusi dalam mempengaruhi tanggapan mudah guna pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus dalam melihat penerimaan dan penggunaan laman tersebut bagi tujuan pendidikan. Model Penerimaan Teknologi (TAM) digunakan sebagai model asas dalam kajian ini, serta model lanjutan dibina sesuai dengan keperluan kajian yang sedang dibangunkan. Beberapa siri video tutorial mempelajari perisian dalam bentuk screencast dibangunkan dan dimuatnaik ke laman perkongsian video pendidikan berfokus (LearnSoftware) yang dibangunkan bagi tujuan kajian ini. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan data dikumpulkan daripada 294 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian Multimedia (major dan minor) dari 5 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Melalui analisis regresi berganda yang dilakukan mendapati faktor psikologi dan teknologi adalah pengaruh utama tanggapan mudah guna pelajar terhadap laman perkongsian video pendidikan berfokus, manakala faktor sosial dan institusi tidak berpengaruh. Secara kesimpulan, dapatan kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak institusi pendidikan, pelajar dan tenaga pengajar serta pembangun laman perkongsian video dalam memahami tingkah laku pelajar terhadap menerima dan menggunakan teknologi baru yang diperkenalkan.

Item Type:Article
Keywords:Laman perkongsian video Pendidikan; Media baru; TAM
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:14147
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Feb 2020 04:01
Last Modified:07 Feb 2020 11:01

Repository Staff Only: item control page