Penilaian kemahiran insaniah berdasarkan persepsi pelajar prasiswazah

Hazura Mohamed, and Hairulliza Mohammad Judi, and Ruzzakiah Jenal, (2019) Penilaian kemahiran insaniah berdasarkan persepsi pelajar prasiswazah. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 8 (1). pp. 27-35. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
294kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/1179

Abstract

Kemahiran insaniah umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, iaitu apa yang dikatakan sebagai kemahiran intrapersonal dan kemahiran interpersonal. Elemen kemahiran insaniah perlu ada kepada seseorang individu bagi memenuhi kebolehpasaran setiap graduan. Namun statistik terkini daripada Kementerian Pengajian Tinggi dalam laman web rasminya menyatakan bilangan graduan masih menganggur adalah tinggi. Justeru, kajian ini ingin mengkaji tahap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) melalui aktiviti yang dijalankan oleh setiap kumpulan kepentingan khas (SIG). Terdapat 11 buah SIG dengan pelbagai aktiviti pengkomputeran dijalankan. Model Penilaian Kirkpatrick yang mengandungi empat kategori (reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil) diguna dalam mengukur tahap pencapaian kemahiran insaniah pelajar FTSM. Hasil kajian menunjukkan keempat-empat kategori di tahap baik, yang mana secara keseluruhan tahap kemahiran insaniah pelajar FTSM adalah dalam kategori baik. Model Penilaian Kirkpatrick boleh digunapakai dalam kajian penilaian sesuatu prestasi latihan atau yang sepadan dengannya.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran insaniah; Model Penilaian Kirkpatrick; Reaksi; Tingkah laku
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:14149
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Feb 2020 04:11
Last Modified:07 Feb 2020 11:04

Repository Staff Only: item control page