Implementasi internet benda dengan kaedah tapak uji di dalam persekitaran UKMNet

Mohd Zaki Ibrahim, and Rosilah Hassan, (2019) Implementasi internet benda dengan kaedah tapak uji di dalam persekitaran UKMNet. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 8 (2). pp. 1-17. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
921kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/1211

Abstract

Internet Benda merupakan salah satu daripada komponen yang penting di dalam revolusi industri 4.0. Bagi mengimplementasi Internet Benda di dalam sesebuah organisasi atau persekitaran, ia memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Di antara permasalahan kepada pengkomputeran pada masa kini adalah keperluan terhadap penggunaan kuasa yang tinggi serta penggunaan ruang dan perkakasan yang agak besar. Oleh itu, satu teknologi yang bersaiz kecil dan hanya memerlukan kuasa yang rendah untuk beroperasi adalah perlu. Satu kajian telah di jalankan untuk mengkaji perlaksanaan Internet Benda di dalam persekitaran rangkaian UKM yang dikenali sebagai UKMNet. Demi menjayakan kajian ini, satu tapak uji di bangunkan dengan menggunakan sebuah papan Arduino Uno sebagai perkakasan Internet Benda. Kemudian satu senario diwujudkan dengan menyambungkan papan Arduino Uno ini kepada empat pengesan di mana pengesan ini akan membaca nilai suhu, arus dan voltan yang melalui satu kabel elektrik. Setelah itu, nilai bacaan kepada parameter ini dihantar kepada papan Arduino Uno untuk mengira jumlah kuasa yang digunakan seterusnya nilai-nilai ini disimpan kepada pangkalan data pelayan. Bagi menguji prestasi sambungan di antara papan Arduino dan pelayan tersebut, perisian iPerf di gunakan. Metrik kepada pengujian prestasi yang dijalankan adalah kadar penghantaran data, ketaran (jitter) dan kehilangan paket data. Hasil kajian ini mendapati Arduino Uno sesuai digunakan sebagai perkakasan Internet Benda untuk senario ini. Pengujian prestasi bagi papan Arduino yang disambungkan kepada UKMNet memenuhi keperluan untuk perlaksanaan Internet Benda di mana kadar penghantaran data adalah di antara 3.483 Mbps sehingga 3.563 Mbps. Nilai ketaran (jitter) bagi sambungan ini juga adalah rendah iaitu antara 1.80 milisaat hingga 1.85 milisaat manakala kadar kehilangan paket yang direkodkan pula adalah di bawah 1% iaitu 0% sehingga 0.59% untuk penghantaran data selama 10 saat. Kesimpulannya, Internet Benda dengan menggunakan Arduino Uno sebagai perkakasan Internet Benda sesuai dilaksanakan di dalam persekitaran UKMNet.

Item Type:Article
Keywords:Network; Arduino Uno; iPerf software
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:14157
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Feb 2020 01:21
Last Modified:07 Feb 2020 11:11

Repository Staff Only: item control page