Ulasan amalan saling boleh kendali sistem maklumat enterpris (EIS) di sektor awam

Zanora Zainon, and Dalbir Singh, (2019) Ulasan amalan saling boleh kendali sistem maklumat enterpris (EIS) di sektor awam. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 8 (2). pp. 41-70. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/1211

Abstract

Sistem maklumat yang berkebolehan saling kendali penting bagi membolehkan organisasi menyedia perkhidmatan yang baik kepada pengguna. Ia dapat memberi impak dan pulangan yang berkesan kepada agensi kerajaan terutamanya melibatkan kecekapan mengurus sistem maklumat dan penjimatan masa dan kos. Namun, pelaksanaan dan proses kerja yang melibatkan saling boleh kendali sistem maklumat sektor awam masih kurang diberi tumpuan. Isu utama yang dikenal pasti adalah kesukaran pelaksanaan integrasi antara sistem legasi atau sistem baharu; Keberulangan transaksi atau urusniaga yang sama dalam pelbagai sistem terutamanya melibatkan sistem legasi atau sistem terpencil; Perbezaan platform pangkalan data; Kesukaran melaksana proses reka bentuk semula sistem; dan tiada standar penggunaan meta data, model data dan skema pangkalan data yang lengkap yang boleh dirujuk. Ia menghalang pelaksanaan tadbir urus yang baik dan menyumbang kepada kelemahan dalam proses pembuatan keputusan yang kurang tepat di sektor awam. Oleh itu, kajian lebih mendalam dan menyeluruh perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor kejayaan yang menyumbang kepada saling boleh kendali sistem maklumat enterpris di sektor awam. Kaedah kajian adalah secara kualitatif. Kajian ini menggunakan instrumen analisis kandungan dokumen. Kajian mendapati faktor dan elemen saling boleh kendali dikelaskan mengikut peringkat saling boleh kendali iaitu (i) Organisasi; (ii) Teknikal; dan (iii) Semantik. Kemudiannya, dijadikan asas rujukan bagi membangunkan garis panduan menyeluruh berdasarkan faktor kejayaan dan elemen yang telah digariskan. Diharapkan faktor yang digariskan ini boleh menyumbang kepada pembangunan sistem maklumat enterpris di sektor awam yang menitikberatkan konsep saling boleh kendali.

Item Type:Article
Keywords:Saling boleh kendali; Sistem maklumat; Sistem maklumat enterpris; Sektor awam di Malaysia; Faktor kejayaan kritikal
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:14161
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Feb 2020 01:51
Last Modified:07 Feb 2020 11:15

Repository Staff Only: item control page