Persepsi pemilik rumah Melayu di Selangor terhadap hutang perumahan dan pemegangan rumah alternatif

Hasniyati Hamzah, (2019) Persepsi pemilik rumah Melayu di Selangor terhadap hutang perumahan dan pemegangan rumah alternatif. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (1). pp. 39-53. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1169

Abstract

Keberhutangan membawa stigma, konotasi dan implikasi yang tidak baik dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pendapat bahawa sesetengah hutang merupakan ‘hutang baik’, contohnya hutang perumahan kerana rumah dikira satu keperluan asas. Pemilikan rumah secara berhutang mengikat pemilik rumah dalam tempoh hutang yang panjang dan amaun hutang yang tinggi. Oleh itu, risiko kewangan peminjam adalah signifikan, terutama ketika kadar keberhutangan dan delinkuensi dilaporkan berleluasa dalam kalangan isi rumah di Malaysia. Paradoks hutang sebagai satu tegahan dalam Islam dan pada masa yang sama satu ‘keperluan’ kehidupan perlu dibincangkan dalam konteks pemilik rumah Melayu bandar yang sebenarnya mempunyai pilihan sama ada membeli (berhutang) atau menyewa/menyertai skim pemegangan alternatif (tidak berhutang). Kajian ini mendedahkan persepsi pemilik rumah Melayu di Selangor berkenaan hutang perumahan dan pemegangan alternatif. Data kuantitatif diperolehi daripada kajian soal selidik terhadap 480 orang pemilik rumah di Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang. Kebanyakan responden melihat hutang perumahan sebagai ‘hutang baik’ dan tidak menganggap hutang perumahan sebagai suatu bebanan. Kajian turut menunjukkan kekhuatiran mereka terhadap tanggungan risiko kewangan. Walau bagaimanapun, sewaan dan pemegangan alternatif masih tidak digemari majoriti responden menunjukkan indikasi bahawa paradigma memiliki masih utuh dalam kalangan mereka. Sekiranya trend kenaikan harga rumah berterusan pada masa hadapan, dapatan kajian menunjukkan ketidakmampanan sistem pemilikan rumah sekarang yang terlalu bergantung kepada hutang.

Item Type:Article
Keywords:Gadai janji; Keberhutangan; Melayu bandar; Pemilikan rumah; Pemegangan alternative; Penyewaan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14167
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2020 01:12
Last Modified:07 Feb 2020 11:21

Repository Staff Only: item control page