Cabaran hidup miskin dalam kalangan komuniti nelayan di Tanjung Dawai, Kedah

Muhammad Wafi Ramli, and Sharifah Rohayah Sheikh Dawood, and Sofia Haminah Mohd Som, (2019) Cabaran hidup miskin dalam kalangan komuniti nelayan di Tanjung Dawai, Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (1). pp. 54-66. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
523kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1169

Abstract

Kemiskinan sering kali berlaku terutama kepada mereka yang tinggal di kawasan luar bandar meskipun terdapat pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan. Hal ini turut berlaku kepada komuniti nelayan luar bandar yang tinggal di Tanjung Dawai, Kedah. Isu kemiskinan ini secara tidak langsung telah membawa kepada pelbagai cabaran hidup yang kompleks dalam kalangan komuniti nelayan tersebut. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneroka cabaran hidup miskin yang dialami oleh komuniti nelayan di Tanjung Dawai. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam yang melibatkan seramai 15 informan dalam kalangan ketua isi rumah nelayan yang dipilih secara rawak. Lokasi kajian telah dijalankan di Kampung Nelayan. Data daripada temu bual mendalam telah dianalisis dengan menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa komuniti nelayan mempunyai lima cabaran hidup miskin iaitu kesukaran menampung perbelanjaan harian, kesukaran melanjutkan pendidikan, kesukaran memiliki aset, keperluan melakukan pekerjaan sampingan dan ancaman gejala sosial. Kajian ini berupaya memberikan gambaran yang lebih jelas agar pihak berkepentingan lebih memahami cabaran hidup miskin yang berlaku dalam kalangan komuniti nelayan, seterusnya dapat merangka strategi yang holistik untuk pembangunan sosioekonomi mereka. Hal ini selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang meletakkan elemen “No poverty” sebagai sasaran pertama yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakatnya.

Item Type:Article
Keywords:Cabaran hidup; Kemiskinan; Komuniti nelayan; Kumpulan minoriti; Luar bandar; Taraf hidup
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14168
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2020 01:21
Last Modified:07 Feb 2020 11:22

Repository Staff Only: item control page