Suraiya Ishak, and Sarmila Md Sum, and Ahmad Raflis Che Omar, and Abdullah Sanusi Othman, (2019) Menjejaki amalan model perniagaan koperasi pekebun kecil sawit di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (1). pp. 67-83. ISSN 2180-2491
|
PDF
600kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1169
Abstract
Koperasi pekebun kecil diwujudkan sebagai inisiatif bagi memperkasa kebajikan sosioekonomi pekebun kecil dan mengurangkan pergantungan terhadap pihak luar. Kurangnya pergantungan terhadap pihak luar akan meningkatkan aspirasi dan memelihara kepentingan pekebun kecil. Hal yang demikian kerana gerakan koperasi merupakan usaha kolektif individu-individu yang sama latar belakang dan matlamat untuk menjaga kepentingan secara bersama. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan mendeskripsi model-model koperasi yang melibatkan pekebun kecil sawit yang wujud di Malaysia. Teknik temubual digunakan bagi melaksanakan proses pengumpulan data kajian. Informan kajian melibatkan wakil lembaga pengarah atau pengurusan daripada enam buah koperasi berkaitan pekebun kecil sawit. Pemilihan koperasi dibuat menggunakan kaedah persampelan bertujuan dengan menghadkan carian informan berpotensi berdasarkan senarai koperasi yang terlibat dalam sektor pertanian kelapa sawit. Penemuan kajian merumuskan tiga bentuk model perniagaan koperasi yang dianggotai oleh pekebun sawit kecil di Malaysia iaitu model koperasi pekebun kecil sawit agensi FELDA dan FELCRA serta model milik pekebun bebas. Ketiga-tiga model koperasi ini mempunyai teras pelaksanaan koperasi iaitu menjaga kepentingan para ahlinya. Amalan koperasi berdasarkan model-model yang dikenal pasti ini memberi penumpuan kepada aktiviti keusahawanan, pengurangan risiko dan juga mengoptimumkan keuntungan. Kesemua amalan ini adalah bagi membantu para ahli memperolehi faedah dalam bentuk pendapatan dividen, perkongsian maklumat dan pengetahuan. Pemahaman berkaitan model-model koperasi yang ada dapat membantu memperkemas amalan pengurusan operasi sedia ada dalam usaha memberi faedah secara berkesan dan mapan kepada ahlinya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kelapa sawit; Koperasi; Model perniagaan; Pekebun kecil; Perniagaan; Pertanian |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14169 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Feb 2020 01:33 |
Last Modified: | 07 Feb 2020 11:23 |
Repository Staff Only: item control page