Mohd Roslan Rosnon, and Sarjit S. Gill, and Shamsul Azahari Zainal Badari, and N Alia Fahada W Ab Rahman, and Adam Danial Hafiz Goh, (2019) Petunjuk pembangunan komuniti orang Asli: suatu analisis penggunaan barangan dan perkhidmatan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (1). pp. 132-146. ISSN 2180-2491
|
PDF
409kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1169
Abstract
Arus pemodenan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan masyarakat orang Asli dan mendedahkan mereka kepada dunia konsumer. Peningkatan taraf hidup dan perubahan sosial menyebabkan corak perbelanjaan barangan dan penggunaan perkhidmatan serta nilai konsumerisme sudah mula berubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan penggunaan barangan dan perkhidmatan serta perubahan nilai dalam kalangan masyarakat orang Asli yang merupakan salah satu petunjuk kepada pembangunan komuniti. Seramai 325 orang Asli dari seluruh perkampungan orang Asli di daerah Jelebu terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian tidak turut serta juga digunakan dalam kajian ini. Analisis kajian adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat orang Asli sudah mula menggunakan barangan serta perkhidmatan selari dengan arus pemodenan. Perubahan nilai tradisional kepada nilai moden sudah mula meresap dalam komuniti ini. Kesimpulannya, pembangunan yang dilakukan telah merubah kehidupan masyarakat orang Asli dengan melihat penggunaan barangan dan perkhidmatan sebagai manifestasi dalam menentukan penerimaan masyarakat orang Asli kepada arus pemodenan. Implikasinya, nilai tradisional masyarakat orang Asli sudah mula berubah ke arah nilai moden dan mereka telah menerima barangan dan perkhidmatan moden. Justeru itu, pengetahuan dan pendidikan mengenai kepenggunaan wajar diberikan kepada komuniti orang Asli agar mereka tidak menjadi mangsa hedonisme kemewahan dunia moden yang dibawa oleh arus pemodenan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Arus pemodenan; Barangan dan perkhidmatan; Nilai konsumerisme; Orang Asli; Pembangunan komuniti |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14172 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Feb 2020 02:07 |
Last Modified: | 07 Feb 2020 11:27 |
Repository Staff Only: item control page