Analisis perubahan guna tanah Negeri Sembilan melalui aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS)

Nur Syabeera Begum Nasir Ahmad, and Firuza Begham Mustafa, (2019) Analisis perubahan guna tanah Negeri Sembilan melalui aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (1). pp. 113-131. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1169

Abstract

Perubahan guna tanah sesuatu kawasan yang menuntut eksploitasi terhadap alam sekitar telah menimbulkan pelbagai isu berkaitan dengan guna tanah seperti kawasan hutan telah digantikan dengan kawasan perbandaran dan kawasan pertanian. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pola perubahan guna tanah di Negeri Sembilan daripada perspektif ruang dan masa antara tahun 1961 dan 2014, serta mengkaji faktor pendorong perubahan guna tanah yang berlaku. Data guna tanah yang digunakan dalam kajian ini ialah peta guna tanah Negeri Sembilan tahun 1961 dan 2014 serta data sekunder lain. Guna tanah di kawasan kajian telah dibahagikan kepada empat jenis iaitu guna tanah bandar, guna tanah pertanian, guna tanah hutan dan guna tanah lain-lain. Hasil analisis menggunakan ArcGIS 9.3 telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam setiap jenis guna tanah. Proses analisis tindanan peta dilakukan bagi mengetahui perubahan keluasan yang berlaku pada setiap jenis guna tanah. Guna tanah pertanian mengalami perubahan paling tinggi dari tahun 1961 sehingga 2014, manakala guna tanah perbandaran mengalami perubahan paling rendah. Guna tanah hutan pula telah mengalami pengurangan dari tahun 1961 sehingga 2014. Perubahan guna tanah berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu penambahbaikan polisi melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, pertambahan populasi penduduk, jaringan pengangkutan, ekonomi dan konurbasi bandar Kuala Lumpur. Kajian ini dilihat dapat membantu dalam proses pembuatan keputusan bagi mengawal perubahan dan perancangan guna tanah yang berlaku dalam cara yang lebih sistematik dan memastikan kemampanan alam sekitar pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Analisis guna tanah; ArcGIS; Faktor perubahan; Guna tanah; Sistem Maklumat Geografi; Pola perubahan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:14173
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Feb 2020 02:24
Last Modified:07 Feb 2020 11:28

Repository Staff Only: item control page