Farah Izyan Raman, and Kamariah Abu Bakar, (2019) Amalan kelestarian alam sekitar dalam kalangan guru prasekolah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (2). pp. 15-30. ISSN 2180-2491
|
PDF
700kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1187
Abstract
Pendidikan alam sekitar bukanlah sekadar ilmu pengetahuan yang perlu disampaikan, tetapi dijadikan sebagai suatu gaya hidup yang lengkap. Walaupun terdapat tindakan undang-undang serta inovasi teknologi untuk menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar, namun masih kurang memberikan kesan memandangkan masalah yang timbul ini berakar umbi daripada sikap dan tingkah laku manusia. Kajian kes ini bertujuan meninjau tahap amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit, Sarawak. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah, serta membuat perbandingan terhadap amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah semasa di rumah dan di tempat kerja. Responden kajian melibatkan semua guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di daerah Kanowit, Sarawak seramai 40 orang guru prasekolah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dan dianalisis berdasarkan peratusan kekerapan amalan kelestarian bagi lima kategori amalan kelestarian alam sekitar iaitu amalan 3R (reduce, reuse, recycle), amalan penggunaan produk mesra alam, amalan penggunaan tenaga, amalan penjimatan air dan amalan kemudahan pengangkutan. Hasil kajian mendapati kekerapan amalan kelestarian alam sekitar guru prasekolah rendah belum mencapai tahap memuaskan. Selain itu, perbandingan antara amalan kelestarian alam sekitar guru semasa di rumah dan di sekolah didapati mempunyai perbezaan peratusan yang kecil. Oleh itu, usaha melestarikan alam sekitar melalui pendidikan memerlukan lebih penekanan kepada amalan yang konsisten dan berterusan. Usaha yang bermula seawal peringkat prasekolah merupakan salah satu pelaburan terbaik yang mampu membentuk sebuah masyarakat lestari pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Alam sekitar; Amalan kelestarian alam sekitar; Guru prasekolah; Pendidikan alam sekitar; Pendidikan awal kanak-kanak; Prasekolah |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 14175 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Feb 2020 00:59 |
Last Modified: | 07 Feb 2020 11:30 |
Repository Staff Only: item control page